Sunday, November 2, 2014

ORANG YANG MABUK DALAM SOLAT



Semua orang sibuk exam. Ada yang study last minute. Ada pula suka study awal. Tapi bila exam tetap sama. Mereka lupa apa yang dibaca. Tengok soalan macam pernah baca bab tersebut. Tapi tak ingat.

Oh, kenapa ye?

Salah satu sebab tak ingat dan lupa apa yang dibaca adalah kerana tidak khusyuk ketika belajar. Mulut sibuk terkumat kamit menghafal tapi hati dan fikiran di tempat lain. Sibuk plan nak buat apa selepas exam. Tak pun fikir cepatlah musim exam habis. Nak enjoy puas-puas.

Sama juga situasinya ketika solat.

Kadang-kadang pelik ketika solat kita boleh lupa berapa rakaat kita kerjakan. Terlebih atau terkurang rakaat. Terbabas atau terlajak rakaat tidak boleh diundur seperti kereta. Cuma boleh diperbaiki. Namun, susah juga kalau tidak sedar apa yang dibaca dalam solat. Seperti orang mabuk.

Tercari-cari tips atau rahsia khusyuk dalam solat.

Sebenarnya, khusyuk di dalam solat bermula dari khusyuk di luar solat. Kalau di luar solat hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam solat.

Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.

Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Solat itu merupakan “munajat” (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya.

Saidina Ali RA boleh khusyuk dalam solatnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa.

Hebat!

Saidina Umar Al Khattab pula pernah berkata, 

“Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati.


Justeru, orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari dia hanyalah hamba, akan patuh apa sahaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul. Orang yang khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah :



[Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].

Bersungguh-sungguh untuk khusyuk dan fokus dalam setiap perkara. Tidak hanya ketika solat.

No comments: