Monday, November 3, 2014

HATI INI KOSONG, TERASA GERSANG



"Ya Allah, siramilah aku dengan rahmat-Mu, hingga aku bisa terhanyut dalam kasih sayang yang tak pernah usai dan tak pernah jemu bersama-Mu.

"Aku rindu kesejukan jiwa, ketenteraman hati larut dalam kasih sayang-MuGenggam hatiku untuk selalu istiqomah di jalan-MuAku hanya ingin Engkau dalam hidupku Ya Allah......"

Ya. Hati gersang, kosong dan benar-benar kering. Mungkin, kita aktif dan komited dengan kehadiran dalam program agama tetapi proses pendidikan, penyucian dan pembersihan hati tidak berlaku. Inilah adalah penyelewengan dan satu kesalahan yang besar bagi seorang yang bergelar mukmin muslim.

Malah, ia akan menyebabkan satu penyakit yang sangat barah dan parah bagi hati. Tanpanya, kita bimbang – kita akan dihinggapi dan dijangkit penyakit dosa dan maksiat tanpa sedar.



TAZKIYATUN NAFS - penyucian jiwa

Monolog diri ku yang kesepian

Begitu kehidupan ini membuatku bingung apa yang harus ku lakukan. Jiwa ini terasa hampa dengan kehidupan yang tak tentu arah. Aktiviti-aktiviti yang dijalani berjalan begitu saja tanpa ku bisa mengambil hikmah sekalipun itu adalah kegitan-kegiatan pengubat jiwa. 

Butir-butir cinta dunia yang tak terasa begitu melenakan dan menjebak dalam candu kebodohan yang menimbulkan pelbagai hal yang tak patut bagi seorang hamba Tuhan. Apalah erti hidup ini bila hanya untuk memuaskan hawa nafsu yang tak ada hujung pangkalnya.

Semakin banyak meminum air laut, maka akan semakin haus dahaga yang kan kau rasakan. Bukan untuk kau sebenarnya, tapi untuk aku. Ya! Aku yang begitu lemah. Sesaat semangat meledak-ledak memperjuangkan agama Allah dengan segenap keimanan. Sesaat, begitu titik hitam mendera, hanya titik hitam saja.

Apa yang terjadi?


Kedustaan, kehinaan, ketidaktelusan yang begitu sengit menghakis semangat mujahid para pejuang agama Allah. Janganlah kita berkata berjuang secara zahir berperang melawan kaum kafir Yahudi. Sendiri saja tak kuasa menahan gempuran-gempuran hawa nafsu. Syaitan mungkin akan tertawa geli melihat tingkah laku kita, dengan kata-kata kita yang selalu menyalahkannya, padahal belum lagi syaitan menggoda, kita sendiri sudah tidak berdaya, terlena dalam jeratan sang hawa nafsu.

Ya kerana itulah hakikat jihad sebenarnya seperti yang diutarakan sang junjungan kita tercinta, Baginda Nabi Muhammad SAW, bahawasanya jihad akhbar (besar) adalah perang melawan hawa nafsu.

Mungkin jua diri ini terlampau jauh dengan dengan Allah saat ini. Terlalu "hubbuddunya" dan mementingkan hal-hal material dengan kesenangan-kesenangan yang menipu, tanpa sedar ternyata aku makin jauh dengan rahmat Tuhan. Aku mensia-siakannya segala kesempatan dengan "acuh tak acuh" akan segala kenyataan.
Aku gersang dengan segala yang ada pada jiwaku.

Mungkin jua selama ini aku terjerembab dalam jurang kemaksiatan yang aku tidak sedari, merasa diri sudah baik dan merendahkan orang lain. Naudzubillah. Ampunkan aku Ya Allah..

Tidak aku sedar akan kesalahan adalah perkara yang begitu membahyakan,
Ya Rabb.... hentikanlah sikapku yang gemar menyinggung dan menyakiti hati-hati hamba-Mu.....

Ya Allah, siramilah aku dengan rahmat-Mu, hingga aku bisa terhanyut dalam kasih sayang yang tak pernah usai dan tak pernah jemu bersama-Mu.

Aku rindu kesejukan jiwa, ketenteraman hati larut dalam kasih sayang-Mu Ya Allah......

Genggam hatiku untuk selalu istiqomah di jalan-Mu........

Aku hanya ingin Engkau dalam hidupku Ya Allah......




RENUNGAN BERSAMA

Pada saat ini, aku ingin mengajak semua sahabat-sahabat untuk kita melihat suatu perkara yang tidak boleh sama sekali kita abaikan dan pandang remeh. – Tazkiyatun Naf ( Penyucian Jiwa) adalah satu tuntutan kepada kita. Ia sangat-sangat penting untuk mengelak kelesuan ruh.

“ Penggerak atau pencetus amal manusia ini hanya ada dua sahaja iaitu IMAN dan NAFSU.”

Justeru bagaimanakah kita peka, sensitif dan mengambil cakna akan hakikat ini?
Saat ini, kita kembali kepada proses Hati. Ya, inilah yang selalu ditekankan oleh Rasulullah SAW dan para ulama’ muktabar. Satu buku yang harus kita baca, lihat dan semak balik tentang aspek ini ialah buku yang bertajuk Penyucian Jiwa oleh Said Hawwa.

Marilah kita semak semula amalan harian agar, “proses” itu benar-benar berlaku. Bermula dengan solat sunat tahajjud, amalan-amalan wirid al-Mathurat, lantunan bacaan Al-Quran, ibadah sunnat seperti solat sunat, puasa sunnat dan yang lain-lain lagi. Semalam, murabbi berpesan :


“ Jadikanlah Zikir al-Mathurat sebagai sarapan pagi dan mentadabbur Al-Quran sebagai makanan hati.”

Inilah langkah-langkah proses penyucian, pembersihan dan penjernihan jiwa yang harus kita perhatikan secara serius, bersistem dan terarah.

Sesungguhnya, syurga adalah natijah atau hasilan yang kita hajati setelah pengakhiran kehidupan di dunia ini. Namun, syurga adalah milik insan-insan, hamba-hamba dan manusia yang benar-benar melaksanakan proses penyucian hati diri mereka sehingga bersih, layak untuk mendapat rahmat dan kasih sayang Allah SWT.



p/s : 

Hati saya bersuara : “ Sampai bila-bila, sehingga dijemput oleh Allah SWT.” Murabbi saya menyebut, aspek penyucian jiwa sangat-sangat penting, sehingga hampir setiap ulama yang menulis pasti ada satu karya mereka yang akan menyentuh perkara ini secara serius, bersungguh dan nyata.

No comments: