Monday, June 16, 2014

SKETSA FB 1



Si Mak membelek FB anaknya

" Humm, sedih pulak dah, kenapalah budak ni. Tak cerita kat aku pun."

Itulah luahan si ibu apabila melihat status anaknya, lalu diringankan tangan untuk mengambil telefon untuk bertanya khabarnya.

" Tiada apalah Mak. Saje je wat status tu."

Ah, apa-apa an sih? Attention seekers kah kamu? Tahu tak aku separuh mati membimbangi kamu.

Si Mak letak semula telefonnya kemudian datang si Ayah.

" Anak awak kenapa tu?"

Si Mak memandang Si ayah.

" Tiada apa katanya."

Si Ayah mengambil tempat di sebelah Maknya. Hati tuanya terasa hati dengan tindakan anaknya. Apa sahaja berita pasti diluahkan di FB dahulu. Agaknya FB yang beranakkan dia.

" Abang ada idea.."

Si Mak memandang si Ayah. Maka si Ayah berbisik dengan penuh rencana.

Keesokkan harinya:

" Kring! Kring!"

Si Mak mengejar mengangkat telefon.

"Hello?"

Terdengar bunyi si anak marah:

" Mak ni, tak malu ke update status macam tu?"

Si Mak diam. Buat tak tahu.

" Status tu gedik la Mak. Kalau Ayah tengok apa Ayah kata. Rindu-rindu anaklah, nak kasih sayanglah. Mak, malu orang tau."

Si Mak berkata:

" Ayah kau yang suruh. Mak.buat je. Nak tahu juga apa respon kau bila Mak tulis macam tu. Dah terubat rindu bila kau ambil berat. Dah sebelum ni, kau luah dalam FB je. Dekat Mak Ayah tak cerita. Tidak apalah. Terima kasih. Assamualaikum."

Tuutt! Tuttt!

Si anak mula terkilan. Ibunya terasa hati dengan diakah? Dia cuba mendail semula no.maknya. Suara operator yang berbunyi.

"Mak, ampunkan saya."

Maka turunlah hujan di kala kepanasan.

Moral value:

Mak ayah sentiasa ada untuk kita. Hargailah mereka dan luahkan apa-apa sahaja kepada mereka. Mereka sangat menunggu saat itu.

No comments: