Monday, June 16, 2014

MENANGISLAH MATA

Menangislah



Dalam kehidupan ini, banyak sangat cabaran, ujian dan dugaan. Kadang-kadang kita tabah, tapi banyaknya kita tewas. Bila sedih tertekan sangat-sangat, penulis syorkan menangis sahajalah. Menangis bukan bererti mengabaikan baca al-Quran, solat dan sabar, serta berzikir. Menangis adalah fitrah manusia.

Dari segi kedoktoran penulis taklah tahu sangat, tapi air mata pun rupa-rupanya ada beberapa jenis. Air mata yang asas dihasilkan terus-menerus untuk menjaga mata kita tetap bersih, pentingnya untuk mencegah kerosakan yang disebabkan oleh arus udara dan debu kotor yang berterbangan. Air mata iritasi; dihasilkan ketika mata terkena angin atau pasir (serangga or batu kecil macam habuk). Kedua-dua jenis air mata ni bertindak melindungi. Ketiga, air mata emosional. Air mata emosional ini terkait dengan satu hormon stress namanya prolaktin, yang meningkat serta berhubungan secara positif dengan frekuensi tangisan emosional. Wanita dikatakan memiliki lebih banyak prolaktin yakni sebanyak 60 peratus. Jadi, tidak hairan kenapa wanita lebih banyak menangis dan keluarkan air mata berbanding lelaki. Kalau pendam banyak sangat perasaan, hormon stress akan meningkat dan akan mengganggu kesihatan kita. Mungkin jadi murung dan sebagainya. Jadi, dengan menitiskan air mata, kadar stress akan berjaya dikurangkan. Subhanallah! Hebat sepasang mata yang Allah kurniakan.

Sejarah telah membuktikan manusia memang menangis. Dari manusia biasa hingga para Nabi dan Rasul. Tidak ada apa-apa yang memalukan dengan mengeluarkan air mata. Namun air mata yang termahal pastilah air mata yang mengalir semata-mata kerana takutkan azab api neraka di akhirat kelak. Air mata taubat, air mata insaf. Jika terkesan dengan cerita-cerita yang menginsafkan dan membuat hati sedih pilu, biarkan saja mata menangis. Jika terkesan dengan laungan azan dan bacaan al-Quran tatkala berada di dalam masjid, biarkan saja ianya menitis. Jika terkesan dengan cerita perit Rasulullah SAW mengharungi hidup dalam menegakkan kalimatullah di muka bumi, hamburkan saja air matamu tidak kira waktu itu dirimu berdiri di mana-mana sahaja.

Rasulullah SAW juga pernah menangis sedih. Rasulullah SAW juga manusia. Rasulullah SAW juga punya air mata. Rasulullah SAW juga punya rasa sedih pada erti kehilangan. Rasulullah SAW juga pernah melalui waktu duka kehilangan isteri tercinta. Juga pernah kehilangan puteri tersayang.

Usamah bin Zaid meriwayatkan, bahawasanya Rasulullah SAW mengangkat mayat anak dari puteri Baginda yang telah meninggal dunia. Lantas kedua-dua mata Rasulullah SAW bercucuran air mata.

    Sa'd berkata kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah, kenapa engkau menangis?" Rasulullah SAW menjawab, "Ini adalah kasih sayang. Allah menjadikan kasih sayang ini di dalam hati hamba-hambaNya. Dan Allah Maha Mengasihi hamba-hambaNya yang bersifat pengasih." (HR Muttafaqun 'Alaih)


Rasulullah SAW mengenang kasih Tuhan dalam tangisan. Itu gaya Rasulullah SAW. Itulah cara yang patut kita ikuti.

Menangislah puas-puas jika di saat ini hati sedih, perit dan pedih tak tertanggung lagi.

    Sesedih mana pun, ingat...Allah kan masih ada.

Penulis teringat di akhir surah al-Mulk ayat 30, firman Allah:

Sekiranya kita terlalu kejarkan apa yang kita ingini di dunia, kita akan terlupa akan Allah sedikit demi sedikit.   Sekiranya suatu hari nanti Allah tutup mata air di dunia (sebagai contoh), tercari-carilah kita akan mata-mata air yang boleh mengeluarkan air untuk menghilangkan dahaga tekak masing-masing. Tapi bila Allah tidak izin juga keluar air dari mana-mana mata air, maka penulis pasti akan ada air lain yang akan keluar yakni air mata kita. Air mata menyesal terlupakan Allah.

No comments: