Showing posts with label seram. Show all posts
Showing posts with label seram. Show all posts

Thursday, July 21, 2011

Misteri Karak Highway.....



" Mak... aziz balik dulu mak ",
" Aziz....... mak kata jangan balik dah malam ni, pagi esok jer la balik, dah pukul sembilan ni... "
"tak boleh mak, aziz kena balik malam ni juga, banyak kerja kat office tu yang tergendala mak.."
" aziz, besoklah balik... bukan apa mak melarang ni, mak risau kamu balik malam-malam ni pulak tu sesorang. bukan dekat Kubang Kerian ker KL tu..... " tak apalah mak, aziz balik dulu assalamualaikum" lantas aziz mengucup tangan ibunya dan terus memasuki perut kereta Honda yang baru seminggu dimilikinya.


"ermmmmm.... boring betullah..." rungut aziz seorang diri lantas menutup gelombang radio ERA setelah boring mendengar Jamal Jamaludin berceloteh. Dijelingnya jam yang terpahat pada keretanya, detik jam 2 pagi, kini hampir 5 jam aziz memandu, naik kematu bontotnya. ditoleh kiri dan kanan lebuhraya semakin lengang mungkin masing-masing sudah sampai ke destinasi yg ditujui setelah seminggu menyambut hari raya korban dikampung.

"ermmmm...... baru sampai lebuhraya karak..... dah dekat gak ni...." tiba-tiba aziz terkedu, peluh mula memercik, bulu romanya berdiri, dikepalanya mula berligar-ligar kata-kata temannya. " kau kalau balik Kelantan tu kena hati-hati jangan balik malam-malam sangat, bahaya..... tambah-tambah lagi area lebuhraya Karak tu.... kemalangan selalu terjadi sebab jumpa makhluk ghaib....." namu kata-kata temannya itu ditolaknya jauh-jauh, didirikan semangat " aaaarghhhhh..... ngarut jer.... mana ada hantu.... sekarang ni zaman internet ....hantu semua tinggal dalam hutan...." kata aziz keseorangan mententeramkan hatinya yang tidak tenteram... :)

Namun akhirnya tenteram juga setelah aziz membaca ayat-ayat suci al-quran... Aziz masih di lebuhraya karak ditekannya pedal minyak seperti biasa, aziz memang selalu berhati-hati... tiba-tiba jauh dihadapan aziz terpandang kelibat objek putih yabg seolah-olah terpacak ditepi jalan, peluhnya mula memercik kembali "hantu ker ?!" soal hatinya...."arghhh bukan.." dikuatkan semangatnya. semakin hampir...... dan semakin jelas pandangan aziz terhadap objek itu, rupa-rupanya seorang perempuan tua berbaju putih berkain batik dan bertudung putih berdiri ditepi jalan, kelihatan ditangannya menjinjing sebuah baldi hitam.

" Orang rupanya ingatkan hantu.." begitu celupar mulut aziz berkata-kata, hilang perasaan takut aziz kini diselubungi pula dengan perasaan kasihan pula. Segera aziz memberhentikan keretanya disisi perempuan tua itu dan mempelawa menumpangkan perempuan tua tersebut....."makcik nak kemana ni...? biar saya tumpangkan, makcik naiklah.... bahaya sensorang malam-malam ni...." segera aziz membuka pintu disebelahnya....

tanpa berkata apa-apa perempuan tua tersebut menudingkan jarinya kehadapan menandakan bahawa dia ingin turun di hadapan. Kemudian perempuan tua tersebut memasuki dan terus menutup pintu kereta.....
" terima kasih nak...." kata perempuan tua itu dengan suara  yang garau dan langsung tidak memandang muka aziz sebaliknya memalingkan mukanya keluar tingkap..... perasaan takut aziz kembali lagi apabila mendengar suara perempuan tua tersebut....garau sungguh menyeramkan..... "aapaaaa.... makcik buat seeeeseorang kat tepi jalan ni ? baaaaaahaaaaayaaaaa makcik, malam pulak tu " kata aziz terketar-ketar.... "sebenarnya, makcik pergi cuci darah anak makcik yang meninggal akibat kemalangan ditempat makcik berdiri tadi....."


kata perempuan tua itu lagi tetapi masih tidak memandang muka aziz " apa ! darahhhhh!!!!!! " jerit aziz terkejut, peluhnya semakin banyak memercik..... mengeletar anggota badannya tetapi terpaksa aziz melawan ketakutannya agar dia tidak terbabas memandu kerana terkejut dan akan melibatkan kemalangan pula.....
" yer... anak makcik mati sewaktu kemalangan pagi tadi, jadi tak baik kita biarkan darah orang yang mati kering begitu saja, nanti dijilat langsuir......." kata perempuan tua itu dengan suaranya yang garau......
semakin kuat anggota badan aziz menggeletar....ditolehnya kearah perempuan tua itu..... tetapi perempuan tua itu memalingkan mukanya.....

" burghhhhhhh......burghhhhhhh.....burghhhhhh... !!!!!!!! "
tetiba baldi yang perempuan tua itu bawa bergerak-gerak lantas mengeluarkan buih berwarna biru dan beransur-ansur bertukar menjadi putih...... "burghhhhh..... burghhhhh.... burghhhhhh !!!!!!!
melimpah-limpah buih itu memenuhi ruang depan dalam kereta, aziz mengeletar tak terlintas dikepalanya untuk
membaca ayat-ayat suci al-quran kerana terlalu takut. " maaaaaaaaaaaak ciiiiiiiik keeeeeeeeenaaaapaaa baaaaldi maaaaaaaaak cik itu berbuihhhhhhhhhhh ! " dengan sekelip mata perempuan tua itu berpaling kearah aziz " hiiiiiiiiii......hiiiiiiiii.....hiiiiiiiiii..........." mengilai perempuan tua itu lantas berkata.....

 *
 *
 *
 *
 *
" ITULAH KELEBIHAN BREZZZZZZZZZZ!!!!!!!!! "

* hehe.... nak tau kebenaran disebalik misteri highway karak klik sini !  ampun beribu ampun pada yang terjebak baca entri nih... :) *


p/s: haaa kan ! deena pun terkena daaa... the moral of the story dengar cakap mak lenkali, jangan merayap balik memalam buta haaa.....





http://www.emocutez.com

Thursday, June 30, 2011

Hati-hati selepas melawat orang meninggal...


( Just nak share kat sini mungkin boleh jadikan iktibar dan pengajaran dan citer nih penah tersiar di FB dan majalah ...)

Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah, namun berhati-hatilah. Org tua-tua used to say bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah. Teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.


Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu). Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang.

Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah... katanya) . Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.

Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah. Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam.

Rupa-rupanya kami tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam. Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut.

 
Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak. Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu.

Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang. Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya.

Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih. Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris. Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran. Terima kasih dan saya sekeluarga terhutang budi kepada Cik Man (jika beliau masih hidup) dan saya sedekahkan Al-Fatihah buat Cik Man jika dia benar-benar sudah meninggal.





p/s:  org2 tua kata klu balik jauh malam tunggu dlm 10 minit kat luar dan cara masuk pastikan muka dan badan berpaling  ke arah luar..

Thursday, May 19, 2011

Hantu kemolok ?!!!

credit to google
Kemolok ?!! kemolok ni adalah jelmaan hantu 'jadian' yang terjadi dari salah satu suku minangkabau. bukan semua minangkabau yer.. !  minangkabau ada banyak suku, antaranya seperti suku jamba haus, suku sikumbang, suku melayu, suku jambak ketapang.... susur galur yang asal nya dari tanah seberang, zaman nenek moyang kita bermacam ilmu dorang tuntut so mkin ini salah satu sumpahan dari keturunan suku tadi.. Rasa nya tak perlu lah deena sebut dari suku mana..  menurut mak deena,dari suku ini lah yang akan menjadi 'jelmaan hantu kemolok' ! selepas 3 hari di kebumikan. Pernah terjadi sorang penduduk kampung ( di lenggeng, n9 ) dengan brani mengintai kubur si mati,  di dapati ditengah2 kubur tadi kluar asap putih seperti bebola, berguling atas tanah dan kluar satu persatu seperti tangan dan berkaki tiga, tangan tadi menutup dahi dan rupa dia seakan-akan beruk .. huduh dan nauzubillah teramat busuk bau badan kemolok ni. cara dia bergerak terhenjut-henjut , ngeri dan ganjil.


credit to google
Kemolok ni akan balik ke rumahnya atau mencari saudara mara dia   ".nape tetiba meremang nih ! wat bodo jer la .. ;-)  " kira lebih kurang mcm citer hantu kak limah balik umah kaedah nyer... bila sampai di rumah hantu jelmaan ni tadi akan merengek mendayu-dayu sambil mencakar dan mengetuk pintu rumah. kadang dia mengerang seperti orang kesakitan... kemolok ni suka makan telur tembelang dan cara dia makan, telur xkan pecah hanya ada lubang sebesar lubang jarum, padehal dalam dah kosong.. pelikkn mcm mana dia tebuk telur tuh... kemolok ni klu terserempak dia akan geletek sampai mati, memang pernah terjadi di kampung. satu lagi kemolok ni suka menyelongkar cari makanan di dapur, basuh la mcm mana sekalipun periuk atau pinggan bau busuk yang melekat kat pinggang tu takkan hilang alamat kena buang jer.

Bunyi macam lucu nama kemolok jadian ni, tapi memang wujud hingga la sekarang. terbaru tahun lepas dah kuar sekor merayap kat kampung, anak saudara deena pernah terdengar kemolok ni mengerang dan mendayu-dayu dengan suara halus di belakang umah.. masa tu jangan cakap la simpang jalan port bebudak muda lepak sure lengang punya coz penangan kemolok..hehe...difahamkan jugak sumpahan ni akan berhenti hingga keturunan ke 7, jangan ingat sumpah mahsuri jer ada sampai 7 keturunan yer.. :)  kemolok pun ado... dan 'jelmaan kemolok' ni akan berakhir selama 40 hari jer..


p/s: pehhh. ! sib baik keturunan nenek moyang deena xder dari suku hantu jelmaan kemolok ni, yg ado pun saka rimau.. patuit la cucu cucik keturunan moyang den smuo ehhh garang bana..! ;-)