Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Thursday, August 4, 2011

'Checklist' Amalan di Bulan Ramadhan

4.00 pagi
1.Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa:
“Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadanyalah aku akan dikembalikan.”
2.Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.
3.Mandi dan membersihkan diri.
4.Mengambil whudu' dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

 4.20 pagi
1.Solat sunat Taubat
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

2.Solat sunat Tahajjud.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

3.Solat sunat Hajat
Rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali Selepas Al-Fatihah Rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

4.Solat sunat Witir
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi
1.Makan sahur
2.Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.30 pagi
1.Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

2.Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan.


7.00 pagi
1.Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik.

2.Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA, Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW samada menyebutnya atau di hati.

3.Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggung jawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.


10.00 pagi
1.Sembahyang sunat Dhuha, Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau istiqamah diamalkan.

2.Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia. 
Contoh dosa-dosa : Mengumpat mengutuk,menyindir yang menyakitkan orang,bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan kerja

12.45 tengah hari
1.Bersiap untuk solat Zohor.
2.Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
3.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.15 petang
1.Bersedia untuk solat Asar.
2.Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
3.Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA

5.30 petang
1.Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!

6.30 petang
1.Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

2.Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka :

“Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka.”

3.Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak.

4.Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat.

8.00 malam
1.Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Taraweh
2.Cuba pertahankan solat taraweh walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)

11.00 malam
1.Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
2.Berniatlah untuk puasa esok hari.
3.Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
4.Bacalah doa tidur :

"Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur."
credit : pensilmagik

 


Monday, August 1, 2011

Menggamit kenangan di bulan ramadhan...

mau sampai amarika gegaran meriam buluh nih ! :)

Alhamdulillah selesai sudah kita berpuasa di hari pertama bulan ramadhan ni... bila ramadhan datang lagi, teringat nostalgia zaman waktu kecik dulu.. Deena pasti tentu kengkawan yang lain ada kenangan manis yang masih terpahat di ingatan sampai skang.. Bunga api skang ngan dolu-dolu tak sama, yang pelik dak skang tak sampai seminggu puasa dah ada yang check in kat hospital hehe...
salah guna main mercun punya pasal !  :) * Cer tengok bebudak dulu2 jarang dengor ada yang putus jari, mata buta ke aper , padehal mercun jangan cakap la kalau takde meriam buluh * kalau ada bazooka pun dorang bran :) ! * orang kata tak lengkap suasana menjelang nak raya kata nya.

 
time puasa jer suka kuih manis-manis....

Balik cer asal tadi kenangan waktu kecik kan... seingat deena mula puasa dalam darjah 2atau 3 kot, huh ! berkobar pose sampai tengahari jer pastu lembek. Kadang mandi sambil minum air, kenyang sangat la rasa masa tu dapat tersengaja terminum air hehe... Time berbuka buat muka selamba kodok join sesama. Masa berbuka waktu kecik dulu hanya orang yang berpuasa jer di beri keutamaan, pas kitorang kenyang sampai prot nak pecah rasa, baru lah abah panggil muka-muka yang tak berpuasa duk makan... sian deme heee..

jgn berlebih2 membeli sampai membazir....

Dan sebelum berbuka yang paling best mak akan buat beberapa jenis kuih dan akan di kerah hantar juadah berbuka ke rumah jiran-jiran . Semestinya bila balik pinggan  kitorang akan diisi dengan juadah lain plak haa... zaman skang jarang dah orang buat macam tuh, ada pun untuk sanak saudara atau sibuk takde masa dan mudah beli diluar jer..  Mungkin di kampung-kampung masih ada lagi tradisi menghantar juadah berbuka ke rumah jiran..


p/s: rindu masakan rendang minang mak.... * tak sabar nak balik kampuang :) * http://www.emocutez.com

Thursday, July 28, 2011

Selamat datang Ramadhan Al-Mubarak...


ecard

Tinggal beberapa hari jer lagi kita akan menyambut bulan ramadhan. Dikesempatan ini deena memohon maaf pada teman-teman seandainya ada salah dan silap, terkasar tutur bicara tika berbicara di Deena's Blog,  Semoga bertambah keberkatan kita di bulan ramadhan nanti...



p/s: tengah membako biskut sarang semut hasnita a.k.a 'casper' =)