Tuesday, November 17, 2015

Laknat

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
Renungan Pagi Selasa
5 Safar 1437
17 November 2015

🍃KATA-KATA LAKNAT AKAN KEMBALI KEPADA TUANNYA
عن أَبي الدرداء رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رسُولُ الله صلى الله عليه وسلم: ((إنَّ العَبْدَ إِذَا لَعَنَ شَيْئًا، صَعدَتِ اللَّعْنَةُ إِلَى السَّماءِ، فَتُغْلَقُ أبْوابُ السَّماءِ دُونَهَا، ثُمَّ تَهْبِطُ إِلَى الأرْضِ، فَتُغْلَقُ أبْوابُهَا دُونَها، ثُمَّ تَأخُذُ يَمينًا وَشِمالًا، فَإذا لَمْ تَجِدْ مَسَاغًا رَجَعَتْ إِلَى الَّذِي لُعِنَ، فإنْ كَانَ أَهْلًا لِذلِكَ، وإلاَّ رَجَعَتْ إِلَى قَائِلِهَا)). رواه أَبُو داود.

TERJEMAHAN
Dari Abu Darda' رضي اللّه عنه melaporkan: sabda RasululLah صلى الله عليه وسلم: "Sesungguhnya seorang hamba apabila ia melaknat sesuatu, laknat tersebut akan naik ke langit lalu pintu-pintu langit tertutup. Kemudian laknat itu turun ke bumi lalu pintu-pintu dunia pun tertutup. Kemudian laknat itu bergerak ke kanan dan ke kiri. Seandainya ia tidak mendapat tempat yang sesuai ia akan pergi kepada orang yang dilaknat jika dia layak untuk dilaknat. Kalau tidak layak maka ia kembali kepada orang yang melaknat itu." (Mafhum HR Abu Daud)

PENGAJARAN
1. Melaknat adalah melontarkan kata-kata buruk (biasanya akibat sakit hati) kepada pihak lain supaya ditimpa malang, kesusahan dan sebagainya,
2. Perbuatan melaknat adalah berdosa dan perlu dihindari lebih-lebih lagi jika tidak kena pada tempatnya kerana dibimbangi laknat tersebut akan kembali kepada dirinya maka jadilah ia manusia yang jauh daripada rahmat Allah dan kasih sayangnya,
3. Sebaliknya gantikanlah dengan perkataan yang baik-baik supaya menjadi doa terutama kepada anak-anak, keluarga, sahabat handai dan sebagainya.

No comments: