Friday, December 12, 2014

HATI KECEWA : SALAHKAH AKU BERHARAP?



Dalam apa juga pekerjaan yang kita lakukan, utk berjaya, perlu ade usaha, doa dan tawakal. Faktor kritikal untuk keberkesanan sesuatu amalan adalah tawakal, yakni berserah diri kepada Allah. Sejak kecil, kita selalu dengar cikgu-cikgu sentiasa bagi nasihat, doa, usaha dan tawakal. Jadi, jika kita pun berdoa, berusaha bersungguh-sungguh, kemudian bertawakal. 

Rasulullah SAW memuji sifat tawakal, sabda baginda : 
“Kalaulah kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya Dia akan memberikan rezeki kepada kamu sebagaimana Dia memberikan rezeki kepada burung. Keluar di waktu pagi dalam keadaan kempis dan pulang dalam keadaan kenyang”. 

Tapi, mengapa apa yang kita doakan jarang sekali makbul walaupun kita sudah berusaha bermatian? 

Tawakal itu seolah-olah kita mencampakkan diri kita ke tangan Allah. Antara usaha, doa dan tawakal, yang menentukan sesuatu itu berjaya ialah tawakal. Antum percaya? Antum ada hak untuk tidak setuju. 

Tapi apakah sebenarnya konsep tawakal ini? Tawakal di sini lebih mudah difahami jika diterangkan adalah tidak berharap. Mengapa? 

Setiap usaha dan doa yang kita lakukan dengan bersungguh-sungguh itu adalah sunnatullah. Sebagai contoh, jika exam kita mengulangkaji, jika demam kita makan panadol dan jika lapar kita makan. Selepas itu, kita haruslah bertawakal dan berserah kepada Allah sebulat-bulatnya dengan BERSYARAT.  

Jangan langsung menaruh harapan atau sebarang niat kemahuan selepas anda berusaha. Kerana, tidak semestinya natijah yang kita harapkan kita dapat. Kadang-kala apa yang kita mahukan kita tak dapat. Ia amat berkait rapat dengan keteguhan akidah kita iaitu beriman dengan Qada’ dan Qadar. 

Cuba imbas kembali, bagaimanakah konsep tawakal kita sebelum ini? Adakah sekadar di mulut sahaja? Kita selalu kata, “berserah je la” tetapi di dalam hati? Hati kita terlalu mengharap. Betulkan? 


1. SECARA PSYCHOLOGY 

Tawakal bukan sekadar berserah, ia juga harus dimaksudkan dengan jangan berharap. Maksudnya, secara psychology tawakal ini adalah fikiran yang akan pergi ke dalam hati kita. Bukannya bermakna kita perlu putus harapan, kerana kita perlu berusaha untuk mencapai sesuatu. Tetapi selepas itu, kita wajib ingat, segala yg akan berlaku, hanya Allah yang Maha Menentukan. 

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: 
“Berfirman Allah Azzawajalla: ‘Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (berzikir kepada-Ku).’” 
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim. 

2. SECARA SPIRITUAL 

Kedua, jika kita mengharapkan sesuatu bagi ana personally memang tidak salah, kerana dengan harapanlah kita terdorong untuk meneruskan kehidupan ini dengan hati yang tabah setelah dirobek dengan ujian Allah. Cuma perasaan mengharap itu perlu disuntik dengan kadar dos yang rendah, tidak tinggi dan keterlaluan agar tidak mendatangkan kemudharatan, seperti membunuh diri atau membenci Tuhan

Kita juga tidak mahu sistem pertahanan badan menjadi lemah dan terganggu dek reaksi tindakbalas yang agresif bila Allah mencampakkan musibah atau memusnahkan harapan seseorang. 

3. SECARA HIKMAH PENCIPTAAN ALLAH 

Ana ingin mengaitkan dengan realiti semasa. Dimana, manusia berkejar-kejar an mencari kejayaan dunia hinggakan solat diabaikan, al-Quran diketepikan, bangun malam hanya semata-mata untuk study tetapi untuk memberi ruang menghadap Pencipta umpama perkara sia-sia. 

Ana cuma ingin mengingatkan, bahawa segalanya sudah ditentukan. Berusahalah semampu yang boleh dan bertawakallah sepenuh jiwa. Redhalah pada ketentuanNya yang baik atau buruk. 

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka" 
(surah ar-ra'd : ayat 11) 

Ada 2 situasi yang seringkali ana perhatikan di FB. Luahan perasaan. 

Dalam pencintaan, seorang lelaki jatuh hati dengan seorang wanita dan ingin melamarnya menjadi buah hati. Ada yang kecundang dan kecewa kerana muka tak hensem. Ada yang berjaya menawan kerana pandai mengayat dan muka hensem. 

Dalam exam pula, saat result exam diumumkan, ada yang menangis kerana tidak berjaya walaupun sudah gigih berusaha. Ada pula yang terlompat-lompat kegembiraan kerana berjaya, kononnya berkat study lewat malam. 

HAKIKAT SEBENAR 

Hakikatnya, bukan ini yang Allah hadirkan bersama kegagalan dan kejayaan kita. Bukan. Tetapi lihatlah hikmah disebaliknya yang tidak ternilai iaitu nikmat syukur, redha, sabar dan keyakinan padaNya. 

Kegagalan bukanlah kegagalan semata-mata, bukanlah kegagalan selama-lamanya tetapi adalah permulaan kepada suatu kejayaan. Apabila dia beroleh kejayaan, dia bersyukur dengan kejayaan itu. Namun apabila dia beroleh kegagalan, dia bersabar dan itulah kejayaan dia. 

Tidak kira di mana kita berada, atas atau bawah, syukur dan redha dengan keadaan kita. Bila di atas, banyak-banyak bersyukur dan terus pertahankan tempat kita di atas. Kalau di bawah, redha dan terus berusaha untuk putarkan roda ke atas semula. Sebab yang atas boleh jatuh, yang bawah boleh naik 

p/s : 

1. Dalam bab percintaan, ana tidak memaksa, tetapi ana cadangkan supaya tukar strategi. Bukankah lebih molek dan bahagia kalau bercinta selepas berkahwin. Sabar dan bermujahadah sebaiknya. 

2. Bagi sesiapa yang belum dan hampir terjebak dalam kancah percintaan tetapi masih belum bersedia, ana cadangkan agar antum pegang kata-kata ini "berfikir dan mendalami masalah ummat islam lebih baik daripada berfikir soal hati". Sesungguhnya syaitan suka menyesatkan dan mengkhayalkan cinta tulus anak nabi adam, dengan cara menjadikan cinta suci itu bertukar wajah tanpa disedari, itulah cinta bernafsu yang mana dimulai dengan pandangan mata jatuh ke hati. Masihkah ada kisah cinta seperti cinta Sang Murobbi, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (saifulislam.com) dengan isterinya seorang doktor di akhir zaman ini?? 

3. Tulisan ini ana tujukan khas untuk diri sendiri sebenarnya. Masih lagi dalam proses untuk memujuk diri agar terus tabah dan pasrah menerima tamparan qada' dan qadar Alah. 

“Kadang-kadang Allah sembunyikan Matahari. 
Dia turunkan hujan, ribut dan petir. 
Kita menangis dan bersedih tertanya-tanya ke mana hilangnya Matahari? 
Rupa-rupanya Allah ingin menghadiahkan PELANGI yang amat indah untuk kita” 

Memang menyedihkan... Ini motivasi diri ana, antum terkesan?

No comments: