Tuesday, November 4, 2014

NAK LETAK STATUS "IN A RELATIONSHIP WITH" PUN BOLEH JADI ISU



Apakah makna yang tersirat di sebalik status "in a relationship with"? 

Adakah ia haram atau merupakan satu andaian "ZINA INTERNET"? 

Adakah ini salah satu cara orang Yahudi mengalpakan orang Islam dan apabila berterusan ia akan mengundang bala daripada Allah tanpa kita sedari telah melakukan kemurkaanNya? 

Soalnya salahkah? 

Kenapa pula benda macam ni pun nak dijadikan isu? 

Saya juga turut terasa terpanggil untuk menulis isu panas ini. 

KERANA KAMU ADALAH CINTA HATIKU 

Senang cerita "in a relationship with" sama maksud dengan "bercouple dengan" atau "bercinta dengan". 

Tak kisahlah couple islamik atau tidak. 

Biasanya yang buat status ini mungkin : 

1. Jujur 

2. Suka berterus terang 

3. Taknak orang lain usha dia 

4. Serius tahap gaban dalam perhubungan mereka 

5. Bangga dapat bercouple dengan si dia 

Anda boleh pilih, anda yang mana satu? 

KELIRU DENGAN ISTILAH "IN RELATIONSHIP" 

Kalau golongan alim berkata "bercouple tu berzina" pasti ramai yang melenting! 

"Ape pasal pulak?????" 

"Ah!!! Sudah! Tak abes-abes nak menghukum tak tentu pasal" 

"Jumud! Sempitlah pemikiran kau ni. Bercouple je, bukannye buat ape pun" 

"Alimlah sangat. Tu dah melebih. 

Banyak lagi perkara-perkara wajib yang lain kita boleh sebarkan. Pasal status ni pun nak kecoh!"

 Kalau yang versi bernada baik : 

"Ish ish ish..Takkan laa sampai status 'in a relationship with' pun kita nak teruskan isbatkan sebagai zina. Boleh jadi 'in a relationship' tu dah bertunang ke, dalam proses bertunang ke. Berhati-hati la dengan was-was syaitan. Walaupun niat asal kita baik, tapi jika tak berhati-hati, kita terjebak dengan tipu daya syaitan akibat sikap melampaui batas. Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk kepada kita. Allahu a'lam" 

Apa pendapat anda? 

Anda rasa bagaimana? 

Salahkah? 

FAHAMILAH : ISLAM ITU CANTIK 

Isunya, dan saya sendiri percaya kita semua sudah sedia maklum rata-rata pengguna FB meletakkan status "in a relationship with" adalah bercouple di usia remaja. Lingkungan umur seawal usia 7 tahun (darjah 1) hingga 30-an (dah bekerja tapi belum kahwin lagi). 

Peringkat umur seawal 8 tahun hingga 20-an adakah golongan yang sedang dalam proses berkahwin? 

Sudah mampu untuk berkahwin? 

Sudah bersedia untuk berkahwin? 

Serius untuk berkahwin atau sekadar suka-suka? 

Tengok orang lain ada pakwe makwe, kita pun nak. Orang Melayu bukankah terkenal dengan budaya "suka mengikut"? 

Dan cuba anda kaitkan : 

Kenapa Islam suka sangat "menjaga tepi kain" umatnya? 

Kenapa Islam terkenal dengan ayat 32 surah al-israa 

“Janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya itu adalah perbuatan yang keji, dan itu adalah perbuatan yang buruk”? 

Bukankah bercouple mendekati dan menghampiri zina? 

Bukankah kaedah mencegah lebih baik daripada merawat? 

“Bermula dengan ruang chatting di internet, bertukar-tukar mesej prihatin dan nasihat, berpindah kepada ungkapan sayang dan perhatian, naik taraf kepada lonjakan keinginan untuk bertemu, dimulakan dengan makan minum mengambil angin, diuji dengan sentuhan tangan dan berakhir dengan ZINA.” – ust hasrizal 

Selanjutnya, sudilah membaca artikel "COUPLE ISLAMIK: WUJUDKAH?" (klik) yang telah saya tulis. 

MANA SATU YANG WAJIB? 

"Alimlah sangat. Tu dah melebih. Banyak lagi perkara-perkara wajib yang lain kita boleh sebarkan. Pasal status ni pun nak kecoh!" 

Apakah yang dimaksudkan dengan perkara-perkara yang "wajib" disebarkan? 

Ilmu akidah? 

Solat? 

Soal ketuhanan dan keimanan? 

Ibadah? 

Adakah hanya menyebarkan ilmu dan perkara-perkara yang wajib hanya tanggungjawab si alim? 

Pernah dengar istilah "zina hati" tak? 



"Apabila kita asyik merindui pasangan kita, sentiasa berfikir mengenainya, kecantikannya, ketampanannya, sifat penyayang dan keramahannya, kelembutannya dan betapa kecintaan kita kepadanya, atau kecintaannya kepada kita, maka zina telah berlaku, walaupun tidak bersua dari segi pancaindera. Semua itu menimbulkan bintik hitam dalam hati kita"



Allah mengarahkan kita, supaya jangan mendekati, bukan jangan buat. Maksudnya, nak dekat pun tak boleh, apatah lagi buat. Mencegah lebih baik daripada merawat. 

Di sinilah zina hati menjadi perkara yang besar untuk kita, kerana zina hati adalah kesan dari kita mendekati zina.  

Bagaimana, anda setuju? 

Berlapanglah dada untuk sama-sama menginsafi. 

Bukankah Islam itu sangat baik, sangat menjaga umatnya walau seremeh-remeh perkara? 

ZINA : MENGELAK FITNAH 

Pertanyaan : 

"Adakah jatuh zina ke atas individu yang menukarkan status daripada "single" kepada "in a relationship with" jika dia punya reason tersendiri? 

Atas niat untuk mengelakkan diri daripada lalai dan alpa dengan menggunakan status "single" mahupun "in open relationship".  

Jadi bakal pemimpin yang akan memimpin bahtera kelak lebih bersedia, berjaga-jaga dan berwaspada daripada sebarang godaan.  

Bermakna bagi mereka, status-status tersebut membutakan mereka terasa yang mereka punya komitmen dan memikul tanggungjawab untuk memperbaiki diri menjadi yang lebih baik supaya lebih bersedia kelak". 


Sama juga. Jika masih "berdegil" dan obses sangat untuk menggunakan status "in a relationship with" mahupun "open relationship", silakan. 

Tapi, macam biasa. Hidup mesti berprinsip. Bebas tidak bermakna terbabas. 

Perlu melihat kepada niat, waqi' (situasi semasa atau tempat) dan kemudharatan, adakah fitnah akan berlaku? 

LANGKAH PALING BIJAK 

1. Guna status "in a relationship with" sama gender 

2. Guna status "in a relationship with" berbeza gender tetapi MAHRAM 

3. Guna status "married" atau "divorced" 

4. Tak payah letak apa-apa status macam saya! Kerja paling senang, tak payah pening-pening kepala. 

5. Pandangan anda?


No comments: