Monday, November 3, 2014

MASALAH MENGAJAR ERTI KEHIDUPAN



"Suatu masalah akan menyempurnakan kedewasaan dan kehidupan seseorang dalam berpikir dan  bertindak."

Masalah yang senantiasa merundung umat manusia di dunia akan berdampak besar dalam kehidupan mereka. Di mana mereka harus berani untuk menghadapinya, dalam keaadaan situasi apapun.

Suatu masalah akan menggerakkan otak anda untuk benar-benar bekerja keras, agar anda mendapatkan jalan keluar (jawapan atas masalah). Masalah-masalah akan membiasakan otak anda untuk menyusun pelbagai macam pilihan jawapan, untuk kemudian anda pilih untuk merungkaikan masalah yang menghimpit anda.

Pengalaman hidup dalam menjawab permasalahan-permasalahan hidup akan menjadikan anda dalam keperibadian yang meningkat dewasa. Pemikiran-pemikiran akan semakin bertambah luas dan penganalisaan  akan semakin tajam. Hal inilah yang akan menyempurnakan anda ke puncak kedewasaan dalam kehidupan.

Kedewasaan yang konkrit bukan hanya dilihat dari perubahan struktur tubuh seseorang, malah semakin luasnya daya fikir mereka. Jika tubuh anda memerlukan makanan bergizi, maka otak (pikiran) juga memerlukan makanan untuk memperluaskan daya tajam pemikiran. Dan salah satu zat makanan yang terpenting adalah masalah. Masalah akan membantu anda untuk membentuk keperibadian yang berkembang (dewasa). 

Sabda Nabi S.A.W.

“Berfikir itu anak kunci yang membukakan cahaya yang didalam hati. Berfikir juga permulaan bagi mata hati. Berfikir juga sebab mendapatkan ilmu dan makrifat”


Banyaknya orang yang selalu mengabaikan permasalahan-permasalahan hidupnya dan meminta bantuan kepada orang lain tanpa melakukan usaha sedikitpun. Hal ini menyebabkan anda semakin tertinggal dengan perkembangan kedewasaan yang normal. Dengan umur yang sudah cukup, seharusnya sudah dapat mengambil keputusan untuk menentukan kehidupan. Minimnya pengalaman mereka untuk menjawab permasalahan dan kebiasaan bergantung kepada orang lain hanya akan membantutkan pertumbuhan.

Yakinlah, setiap masalah yang anda hadapi, akan menaikkan anda satu tingkat dalam kedewasaan. Dan apabila anda mengabaikannya, anda akan selalu berada di tempat yang sama dan hanya mengunci kemampuan anda dalam berfikir mahupun bertindak.

Hikmah setiap masalah yang Allah ciptakan hanya kerana untuk hambaNya beroleh kematangan dan kesempurnaan hidup. Agar setiap masalah yang datang dapat dikoreksi dan memperbaiki kelompangan-kelompangan kehidupan.

“Mereka yang mengingati Allah (berzikir) sambil berdiri dan duduk didalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata “Ya Allah tiadalah Engkau menciptakan bumi ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami dari siksa api neraka”
Ali Imran ; A:191 S:3 J:4 ms:75

No comments: