Wednesday, November 5, 2014

ERTI SEBENAR BERSYUKUR



NIKMAT TERBESAR 

Mengapa kita perlu bersyukur? 

Kerana nikmat iman dan nikmat Islam adalah nikmat Allah yang paling besar.Allah berfirman 

"…Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Ku redhai Islam itu menjadi agama bagi kamu …" 
(QS 5 Al Ma-idah : 3) 

Kita bersyukur bahawa Islam adalah satu-satunya agama (ad-din) yang diredhai oleh Allah. Allah telah menyempurnakan dinul Islam bagi kita. 

Sedangkan Allah tidak menerima agama (dien) selain Islam. 

Allah berfirman :

"Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat nanti termasuk orang-orang yang merugi" 
(QS 3 Al Imran : 85) 

REALITI SEMASA 

Namun malangnya kini, ramai Ummah Islam tidak lagi merasai ataupun menyedari bahawa nikmat iman dan islam itu sebagai suatu nikmat yang agung.. 

Mereka merasakan nikmat itu hanya diperolehi dengan keduniaan yang melngkari hidup mereka sahaja.. 

Sehingga ada yang tidak menghargai akan nikmat iman dan islam.. 

Maka ketahuilah, amat malang dan membimbangkan sekiranya kelak Allah s.w.t menarik kembali semua nikmat itu dan mati mereka itu dalam keadaan kekufuran. 

Inilah merupakan sebesar azab yang bakal menimpa manusia sekiranya tidak menghargai nikmat Iman dan Islam. 

Takutilah akan hari akhirat.. 

Ramai di antara kita yang leka dan lena dengan kehidupan dunia ini sehinggakan tidak pernah langsung di dalam pemikiran akan Hari Akhirat yang bakal terjadi.. 

Sekiranya ditanya kepada kebanyakkan Ummah Islam pada hari ini akan kematian terutamanya kepada pemuda dan pemudi.. 

Semua akan mengelak daripada membincangkannya.. Mereka menjadikan pembincangan kematian itu sebagai satu perkara yang ganjil untuk dibincangkan.. Sedangkan Rasulallah s.a.w menyebut bahawa mereka yang paling cerdik merupakan mereka yang paling banyak mengingatkan aka kematian.. 

Sering juga kedengaran muda mudi yang sering mempermainkan persoalan agama.. Ketaatan dan larangan dipermainkan.. 

Sebagai contoh, mereka mengangkap ketaatan itu sebagai suatu perkara yang remeh dan melemaskan. Tidak sesuai untuk dipraktikkan dan sebagainya.. 

Aurat contohnya, lihatlah persekitaran anda sahaja.. 

Cuba bandingkan Ummah Islam yang sempurna auratnya dan yang tidak sempurna auratnya ditutupkan.. 

Pasti kalian sendiri mampu memikirkannya.. 

Lihatlah bagaimana ramai muda mudi yang merasa megah dan bangga mempamerkan aurat ataupun maruah mereka sendiri. Mengapa semua ini berlaku? 

Fikirkanlah. 

Inilah keadaan yang akan berlaku sekiranya nikmat Islam dan Iman itu tidak dihargai. 

Ada yang merasakan aurat itu merupakan suatu perkara yang remeh. 

Mengapa Islam itu menitikberatkan permasalahan aurat itu? 

Allah s.w.t mensyariatkan untuk menjaga pandangan dan memelihara kemaluan.. 

Masalah aurat menyebabkan pandangan manusia itu tidak terpelihara.. 

Apabila pandangan tidak dipelihara. Maka, akan rosaklah muda mudi. Zina, rogol dan sebagainya akan berleluasa. Filem prono akan menjadi santapan muda mudi. Masalah sosial akan bertambah. Apabila pemikiran muda mudi dipaksikan kepada panangan nafsu amarah semata. Maka, akan lenyaplah bakat-bakat kepimpinan yang sepatutnya digilap di usia muda. Maka, Ummah Islam mengalami kerugian yang amat besar. 

Kehilangan pelapis generasi pemimpin di masa hadapan. Ketumpulan kepimpinan di masa hadapan akan menyebabkan kebantutan perkembangan Ilmu pengetahuan terutamanya Ilmu Islam itu sendiri. Akhirnya, nikmat Islam dan Iman akan tercabut dengan sendirinya dalam diri Ummah Islam. 

MUHASABAH 

Sebagai akhirnya, takutilah Allah SWT. Sekiranya nikmat Iman dan Islam ini terangkat daripada dada kalian maka ketahuilah. Sia-sia kehadiran kita di atas muka bumi ini dan yang paling ditakuti ialah kehidupan di akhirat kelak yang kekal dan abadi. 

Adakah kita terus menerus mahu hidup di dalam seksa selamanya? 

Ketahuilah, hidup di Akhirat itu kekal abadi. 

Apakah kita mahu hidup kekal dalam penyiksaan? 

Fikirkanlah..

No comments: