Friday, November 7, 2014

CARA MENEGUR ORANG



"Pergi mampuslah! Kau nak tegur aku macam kau tu baik sangat!" 

"Kau ingat manusia macam malaikat ke? Biasalah buat salah sikit, nanti taubatlah. Tak payah kau sibuk-sibuk nak tegur aku. Jaga tepi kain kau tu dulu" 

"Lain kali kalau nak tegur aku guna bahasa baik sikit boleh? Macamni ke perangai orang sekolah agama, sama je ngan budak tak sekolah!" 

MENEGUR ORANG 

Mungkin kita sudah biasa dengan sepotong hadis Rasulullah SAW : 

“Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran, maka cegahlah ia dengan tangan, jika tidak mampu, maka cegahlah ia dengan lisan, jika itu juga di luar kemampuannya, maka cegahlah dengan hati, sesungguhnya ia(mencegah dengan hati itu) adalah selemah-lemah iman” 

Dan kita juga sering diingatkan agar menegur secara berhikmah. 

Soalnya, bagaimana 'hikmah' yang dimaksudkan? 

Adakah menegur dengan hikmah itu harus dilakukan secara lemah lembut atau..? 

Surah Thaha ayat 44 yang bermaksud : 

‘‘Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.” 

Suka untuk dikongsikan bersama mengenai artikel bertajuk, 'At-tasawwur al-haraki li al-'amali al-islamiy' karya Almarhum Ustaz Fathi Yakan, mengenai bab kritik (teguran) kaedahnya yang syari'e: 

"Adalah lebih baik bagi saudara yg memberi nasihat (teguran) kepada saudaranya secara keseorangan (face to face) kerana yang demikian lebih berkesan dalam dirinya dan lebih selamat dari dimasuki syaitan. Benarlah kata Saidina Ali; 'nasihat di hadapan orang ramai adalah paluan' " 

"Lebih baik bagi saudara yg memberi nasihat kepada saudaranya dengan beradab, bersopan dan merendahkan suara.....berapa banyak perkataan yg tidak dapat diterima oleh manusia telah menjadi dendam dan permusuhan dan menyebabkan putusnya hubungan persaudaraan." 

"...sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri darimu...." 
(Ali 'Imran : 159) 

"berkasar dan lepas cakap dalam kritik dan memberi nasihat membawa kepada penutupan pintu hati dan telinga. sementara berlemah lembut dapat membuka perasaan untuk mendengar nasihat dan memberi kesan dalam jiwa" 

Jadi, teguran mana yang lebih baik? 

Melalui orang tengah yang dikatakan secara hikmah atau tegur secara 'direct' dan mengaplikasikan hikmah? 

Kita renung semula jawapan fleksibel yang telah lama Allah bagi dalam surah An-Nahl [16] ayat 125 : 

"Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Kata-kata hikmah adalah kata-kata terpilih, yang paling utama di antara yang baik. Orang yang berdakwah, menyeru dengan hikmah, adalah orang yang menyeru dengan cara terbaik di antara cara yang baik. Termasuk saat memberi kritikan."

No comments: