Monday, November 3, 2014

AKAL ADALAH NUR YANG DIMASUKKAN



"Akal adalah rakaman terhadap pelbagai pengalaman"
~ Saidina 'Ali bin Abi Thalib~

Akal menyimpan pelbagai pengalaman ilmu kita sehingga semakin banyak pengalaman-pengalaman dan ilmu kita di dunia, maka semakin sedikit 'tinta-tinta' akal untuk menuangkan ilmu itu.

Maka setiap kali kita belajar, kita sebenarnya sedang menambah tinta kepada akal kita. Untuk memahami kekuatan benak akal fikiran kita, secara kiasannya akal kita boleh diumpamakan seperti pena.

Akal kita menulis di atas helaian-helaian emosi yang bernama hati. Sementara tinta untuk akal kita adalah pelbagai aktiviti atau perkara dalam kehidupan kita. Akan tetapi, pena atau akal atau roh tidak akan dapat menulis tanpa lembaran.

Lembaran tempat akal menulis itu dipanggil hati atau jiwa kita. Hati adalah emosi atau perasaan kita sehingga ia selalu mampu merasakan apapun yang kita fikirkan.

ORANG YANG BERAKAL 

Umar dan Ubay bin Ka'b dan Abu Hurairah pernah bertanya kepada Rasulallah saw

" Ya Rasulullah , siapakah orang yang pandai?"

Jawab Rasulullah 

" Orang yang berakal"

Mereka bertanya lagi 

  • " Siapakah orang yang sangat beribadat?"


Jawab Rasulullah 

" Orang yang berakal"

Lalu bertanya lagi 

"Siapakah orang utama (afdal)

Rasulullah menjawab 

" Orang yang berakal"

Lalu mereka berkata 

" Ya Rasulullah tidakkah orang yang berakal itu sempurna akhlak kemanusiaanya, jelas kata-katanya dan pemurah dan besar kedudukannya?"

Lalu Rasulullah menjawab 

" Semua itu hanya kelengkapan kepuasan hidup di dunia, sedang akhirat di sisi Allah itu untuk orang yang bertaqwa. Orang yang sempurna akal, ialah orang yang bertaqwa meskipun di dunia dia dipandang rendah hina. "

Allah menganugerahkan kita akal, janganlah biar sehingga ia di kawal nafsu.

Seperti kata-kata almarhum profesor Hamka seorang ulamak yang disegani 

"Hawa nafsu membawa kesesatan dan tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman menuju keutamaan. Hawa nafsu menyuruh mengelamun, berangan-angan, tetapi akal menyuruh menimbang."

AKAL ADALAH NUR

Hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Al Mahbar daripada Anas ra bahawa Abdullah b. Salam pernah bertanyakan kepada Rasulullah saw tentang perbezaan akal dari segi naqal.

Dimana para malaikat telah bertanya kepada Allah SWT: Maksudnya:

"Wahai Tuhan kami , adakah Engkau telah menciptakan sesuatu yang lebih besar daripada Arasy."

Allah SWT berfirman:

" Ya..iaitu akal"

Malaikat:

" Sampai ke mana batas akal itu?"

Allah swt berfirman:

" Jauh sekali untuk dapat dibatasi dengan ilmu. Adakah kamu mempunyai ilmu
tentang butiran pasir?"

Jawapannya sudah pasti tidak.

Allah SWT berfirman:

" Sesungguhnya Aku telah menjadikan akal itu bermacam sebanyak bilangan butiran pasir sebagai gambarannya. Begitulah akal yang diberikan kepada manusia , ada yang diberi sebutir , dua tiga, sepuluh, segenggam , sebakul malahan ada yang di beri lebih dari itu. ."
Akal adalah NUR yang dimasukkan ke dalam hati dan merupakan satu ghazirah (instict) yang dengannya manusia dapat memperolehi ilmu. Akal adalah sumber dan asas ilmu.

No comments: