Friday, June 13, 2014

PENGORBANAN SEORANG AYAH

KLIK UNTUK ZOOM
Pengorbanan seorang Ayah, siapa yang tahu?

Tak ramai yang tahu akan pengorbanan seorang Ayah tetapi percayalah bahawa seorang Ayah itu banyak berkorban untuk anaknya.

Seorang Ayah itu mampu mencari rezeki buat sepuluh orang anaknya walaupun anaknya sudah dewasa sekalipun, tetapi ada juga anak yang tidak mampu menjaga ayah mereka walaupun mereka sudah punya kewangan.

Seorang Ayah akan tersenyum melihat kejayaan anaknya dalam apa jua bidang tetapi anaknya hanya mampu tersenyum sekiranya Ayah mereka tidak menyusahkan mereka.

Seorang Ayah akan selalu bertanya kepada Maknya bagaimana keadaan si Anak sedangkan si ANak tidak terdetik pun di hati untuk bertanya soal Ayah.

Kalau begitu, izinkan saya bertanya kepada kamu:

Layakkah kamu dilahirkan di dunia sekiranya Ayah kamu tahu perangai kamu bagaimana setelah dilahirkan?

Refleksi diri, apakah kita sudah berbakti kepada Ayah kita? Apakah kita sudah membuatkan Ayah kita bergembira?

Sedekahkahlah Al-fatihah buat kedua ibu dan ayah kita.

p/s: Gambar ini agak menyentuh hati dan membuatkan aku benar-benar rindu kepada Ayah, Aku bakal konvo pada tahun ini tetapi hanya akan ditemani Umie aku.

No comments: