Thursday, June 19, 2014

OMBAK RINDU LA SANGAT....

omm bak 1 2 3
Sedalam manakah ombak rindu dalam hati pada pasangan anda? Anda boleh ukur sendiri kot kedalamannya, malah kadang-kadang sangat yakin kekuatan rindu yang ada dalam hati masing-masing. Tertancap kemas dalam hati-hati kita rasa itu. Sementelah, rasa rindu itu kita terjemahkan dalam bermacam kata-kata indah, ekspresi, hadiah, lagu, puisi dan sebagainya pada si dia.

Tapi, hairan bila kita tak pasti kedalaman rindu kita pada Allah atau Rasulullah. Kalau ada pun, berombakkah rindu itu? Atau langsung tidak bergelora sehingga tidak mampu pun menghasilkan pusingan ombak di gigi pantai?

Dengan kata lain, rindu yang hanya terlafaz di bibir tapi tidak di hati. Rindu yang tidak menggebu.

Sudah banyak kali sebenarnya penulis mengutarakan hal yang sama dalam ruangan belog ini. Mungkin sebab jiwa sentimental ini, tema cinta acapkali diangkat dijadikan isu.

Sebenarnya kita tahu, bila kita berkeputusan untuk memulakan sesuatu hubungan sesama bukan mahram sebelum akad, ianya memang adalah suatu hubungan yang tiada rahmat. Tiada berkat, tiada restu. Biar direstu hati kita, atau dapat restu ibu bapa yang kurang memahami agama, kawan-kawan seperjuangan kool kapel, TAPI sudah mandatori muktamad tidak akan dapat restu Sang Rabbul Izzati. Biar seratus lima puluh juta kali kita panjatkan padaNya, kita minta dari sahabat-sahabat, "tolong doakan kami berkekalan ya." Bagaimana doa sebegini akan dikabulkan sedangkan hubungan awal-awal lagi tidak sah di sisiNya.

    "Mengapa banyak sangat ujian dan dugaan sepanjang perhubungan ni?", "Mengapa dia berperangai begini?", "Kenapa dia buat aku merana begini?", "Sanggup dia lukakan hati ini?!", "Kau tak rasa apa yang aku rasa!"


Banyak keluhan dan kekecewaan terhasil dari ombak cinta dan rindu yang tidak sah. Ombak luka, ombak kecewa, ombak sedih, ombak gelisah, ombak sakit hati, ombak cemburu, ombak gaduh, ombak putus-sambung balik-putus balik. Banyak sangat ombak-ombak yang boleh melemaskan kita, tenggelam dilambung ombak kasih yang tidak berketepian. Dahlah tak bertepi, air masin masuk mata sakit pedih lak tu. Hanya buat diri sendiri menitiskan air mata yang penuh sia-sia. Buang masa.

    "Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai."


Kesemua jenis ombak yang saya sebutkan semuanya berpunca dari ombak murka Dia. Mana mungkin Dia selamba tidak rasa murka dengan kemaksiatan dua hamba yang tiada ikatan? Bila anda sendiri memilih untuk buat keputusan untuk "dirikan rumah papan di tepi pantai", maka sendiri beranilah dilanda ombak badai dengan tiang yang tak berapa teguh. Seteguh mana dan selama manakah cinta, sayang, rindu yang berlantaikan hati rapuh akan mampu bertahan dilanda ombak murka Dia?

Huh. Saya akhiri entri ni dengan pesanan, janganlah kita ikut konsep cinta dan rindu ciptaan kaum kafir, yang diibaratkan oleh Allah dalam firmanNya sebagai "ombak bertindih ombak" menerusi Surah al-Nuur ayat 40:


Maksudnya:

    "Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, dia tidak dapat melihatnya sama sekali dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayat petunjuk) maka dia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar)."


Ombak rindu kita la sangat kan. So berombak.

Nota diri:
Ombak rindu fana melanda tidak kira siapa, samada dia berpakaian tutup aurat elok-elok ataupun tidak. Samada dia pakai kopiah atau ustaz, ustazah pun, tidak seorang pun terlepas dari ombak murka Allah bila diri dah buat keputusan untuk menjahilkan diri berbuat kemungkaran yang dibenci Allah.

No comments: