SITUASI I:
Kadang kala saya pelik melihat wanita yang bersungguh menggunakan purdah, katanya nak menjaga diri, tetapi sayangnya, penuh gambar selfienya di dalam laman sosial.
Hormati purdah sekiranya mahu diri dihormati.
Hormati purdah sekiranya mahu diri dihormati.
klik untuk besarkan imej |
SITUASI II:
Buat rider muslimah sekalian.
Jom tutup aurat dengan sebaiknya masa bawa motor. Senang je sebenarnya. Antaranya ialah:
- pakai sweater
Sweater ni digunakan menghalang tudung dari terbang.
-letak beg kat depan
Untuk mengelakkan bahagian depan yang terbentuk kelihatan.
- Pakai Handsock
Untuk memelihara aurat tangan sekiranya lengan baju terangkat.
-Pakai seluar longgar
Untuk mengelakkan aurat di kaki terdedah.
-kasut tertutup
Untuk menjaga aurat kaki dan melindungi kaki.
Mudah ke susah? Senang je.

Add caption |
SITUASI III :
Kepada para gadis idaman di luar sanaaa, saya tak kisah kalau awak semua nak berfesyen,
Tetapi kenapa kamu nak berfesyen tetapi kamu buka aurat awak? Bukan sahaja buka, kamu balut pula aurat tu, habis terdedah kecantikan tubuh kamu.
Awak semua, saya tak kisah awak nak berfesyen,
Tetapi janganlah pakai baju sampai membuatkan orang lelaki hilang kawalan, kasihan mereka kamu. Saya tak sanggup melihat mereka ditarik ke neraka disebabkan kesalahan kamu.
Awak semua, saya tak kisah kalau awak nak berfesyen,
Tetapi, janganlah kamu buat fesyen pelik-pelik. Berbonggol kepala di atas, dengan pakai skirt tetapi pakai legging yang ketat, lepas tu ada pula yang berpakaian macam lelaki. Memang cantik, tetapi tak elok!
Kalau kamu nak tahu, Islam tak melarang kita untuk berfesyen, tetapi Islam melarang kita untuk bertabarruj keterlaluan dan membukan aurat.
Berfesyenlah kalau kamu hendak, tetapi jagalah aurat kamu.
klik untuk besarkan imej |
SIYUASI IV:
"Vroooooom!"
Wow! Lajunya muslimat itu bawa motor! Tetapi sayangnya, banyak pula kesongehan sepanjang bawa motor. Ada yang terselak kain sampai terdedah aurat, lengan nampak dan yang paling tak tahan, bahagian depan juga terbentuk, perempuan yang tengok memang malu, tetapi lelaki yang tengok ternaik nafsu.
Oh, bahaya tu! Dalam tak sedar, kita menyumbang dosa kepada orang lain. Jadi saya ada listkan sedikit untuk penutupan aurat ketika menunggang motor antaranya ialah:
- Pakai jaket yang tidak membentuk tubuh.
- Pakai stokin yang panjang ataupun seluar di dalam untuk lebih selamat dalam menutup aurat.
- Pakai handsock untuk menutup sekiranya baju terselak.
- Bawa slow la motor. Jangan bawa laju nanti semua melayang.
Jagalah sikit aurat tu. Kasihab orang lain yang dapat dosa sebab tengok aurat kita. Siapa yang tanggung dosa? Ayah, abang dan saudara lelaki.
Jagalah aurat, jagalah maruah, jagalah diri

SITUASI V:
Hentikan pemakaian baju adik.
P/S : CERITA INI REKAAN SEMATA-MATA,
ALKISAH....MAKA TERSEBUT LA KISAH....
" Makk! Mak!"
Terdengar jeritan halus dari anak kecil. Si ibu menoleh dan terlihat anak kecilnya dikejar kakaknya. Sampai sahaja berdekatan ibunya, si anak kecil menyorok di belakang ibunya. Si kakak seperti mahu menerkam tetapi belum sempat menerkam, ibunya menjerkahnya.
" Kau ni kenapa kejar adik ni? Dah buang tabiat?"
Si kakak diam. Si adik kelihatan takut tetapi disebabkan ibunya kini di pihaknya, dia pun berkata:
" Mak! Kakak pakai baju adik! Nampak aurat Mak! Dia jalan-jalan dekat kampung. Ustazah kata, tak elok pakai baju yang mendedahkan aurat!"
Si kakak geram lalu membentak adiknya:
" Eh, baik sikit ok. Ni baju kakaklah!"
Si adik terdiam,
" Kalau tu baju kakak, kenapa baju tu kecik? Sukalah tu orang tengok pakai baju macam tu. Adik malu tengok kakak macam ni."
Si ibu memandang kakak.
" Kamu ni, ingatkan da besar, boleh tunjuk tauladan baik untuk adik, tengok-tengok adik terlajak pandai dari kakaknya."
Si kakak tunduk menahan geram.
Moral value:
Biarlah baju adik ke baju sendiri ke, kalau ia mendedahkan aurat, tetap berdosa. Jadi tunjuklah akhlak yang baik pada si kecil
klik untuk besarkan imej |
No comments:
Post a Comment