Thursday, June 19, 2014

JODOHMU ADA DI TAHAJJUDMU

Jodohmu Ada Di Tahajjudmu



Saya baca di facebook rata-rata duk bincang pasal jodoh. Kadang-kadang saya muak. Tapi biasanya mmg saya muak. Tapi takpe, saya tak meluat. Jodoh adalah antara rahsia Allah. Begitu juga dengan tarikh mati. Kita tak tahu. Tapi Allah Maha Mengetahui.

Saya berani katakan, jodoh kamu semua adalah bergantung pada tahajjud kamu. Mengapa pula begitu?

Jodoh yang biasa-biasa adalah dari kalangan orang yang biasa-biasa dengan pertemuan yang biasa-biasa dengan cara berpacaran yang biasa-biasa muda-mudi lakukan.


Manakala,

Jodoh yang luar biasa dari golongan orang yang soleh, solehah yang luar biasa amalan mereka di sisi Allah. Bertemu dalam redha, berpisah jua redha. Luar biasa.


Jom pergi kepada dalil:

1.  Nikmat dan rahmat tersembunyi TERAHSIA di sebalik tahajjud.

Firman Allah dalam Surah al-Sajdah (32):16-17:



2. Tahajjud bukan sahaja untuk minta jodoh yang baik, malah menjadi pembeza antara kamu dan manusia lain di akhirat:

Imam al-Mubarakfuri berkata:

"Suatu malam aku bangun dan merenungi al-Quran, lalu aku bandingkan amalanku dengan amalan ahli syurga. Ternyata, aku dapati bahawa amalan mereka begitu berat (mantap). Hampir tidak ada malam yang berlalu tanpa mereka gunakan untuk beribadah. Setiap malam mereka bersujud dan berdiri di hadapan Rabb mereka. Ku lihat diriku bukanlah termasuk di antara mereka."

3. Doa terkabul di sepertiga malam, insyaAllah! Doalah minta jodoh yang baik.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda:
"Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Maha Tinggi turun ke langit dunia setiap malam, pada sepertiga malam terakhir dan berfirman, 'Barangsiapa yang berdoa kepadaKu pasti Aku kabulkan, barangsiapa meminta kepadaKu pasti Aku beri, dan barangsiapa yang memohon ampunanKu pasti Aku ampuni'."

(HR Bukhari)
****

Jadi, tenang sahajalah menanti jodoh yang baik itu akan datang sendiri hasil dari usaha tahajjud yang berterusan dan istiqamah. Ikhlas kerana Allah Ta'ala. Jangan buat kerana jodoh semata-mata ya. Usaha sebenar adalah usaha kita minta dengan DIA, bukan dengan merayu kasih pada si dia-si dia hanya kerana hati gelisah mahu hidup berteman. Hati gelisah takut si dia yang kacak terlepas, takut si dia yang cantik jatuh ke tangan orang. Minta dengan Allah, Allah bagi segala. Cepat atau lambat bukan kita penentu. Jodoh adalah sunnatullah. Sunnatullah tidak boleh digesa, tidak boleh dilengahkan bila sampai masanya.

Sabarlah. Tenanglah. Tahajjudlah.

 ::Saya selitkan cerita pendek di bawah ini bagi menambahkan lagi kefahaman sahabat-sahabat semua::
  ::Cerita Pendek-Jodohmu ada di dalam Tahajjudmu::



Hanya aku dan Dia sahaja yang tahu.,
Tapi sebenarnya hanya Dia yang benar-benar  tahu,

Apakah ertinya cinta hadir tanpa dipinta.
Apakah ertinya cinta hadir tanpa diduga.
Apakah ertinya cinta hadir tanpa dipaksa.

“Dia mahal orangnya, dan kemungkinan dia sudah dimilik orang,” kutersenyum cuba menenangkan hati yang terluka.

“Siapa orangnya,?” soal Hajar. Mukanya penuh dengan tanda tanya. Kumasih juga tersenyum.

“Susah nak diucapkan. Tapi apa sekalipun saya cuba menelan berita yang dia sudah berpunya. Saya perlu redha. Belajar menerima kemungkinan yang negatif.,memang sangat pahit untuk ditelan,”jawapanku penuh pasrah. Allahuakbar.,walau betapa bukan mudah bagiku, tapi aku cuba berusaha untuk membunuh perasaan ini daripada terus mekar mewangi di jiwaku.

“Dia mahal? Hm..rasa macam saya dah tahu siapa orangnya.. dia USM..? “

Kugelengkan kepala sambil tersenyum

“UDM..?” soalnya lagi. Tertanya-tanya.

 Kutersenyum juga sambil menganggukkan kepalaku perlahan-lahan.

“Rasa macam dah tahu siapa orangnya..Hayyi..?”  Kutersenyum lagi dan mengiakan jawapan itu.
Hajar memandang ke arah ku penuh makna.,mukanya tampak sedih dan mungkin cuba menyelami hatiku. Seolah-olah ada perkara yang disembunyikannya. Akhirnya dia bersuara. Tapi lambat-lambat.

“Zati., Hayyi dah berpunya., sebenarnya saya dah pernah cuba untuk taqdim dia., saya minta bantuan Syakirah untuk tahu status dia.” Suaranya perlahan sekali. Mungkin cuba untuk tidak membuatkan aku terkejut.

Tapi sebenarnya aku sudah bersedia dengan kemungkinan tu. Allahuakbar. Memang bukan mudah. Hanya Dia yang tahu..

“Syakirah tanya sendiri dengan Hayyi?” soalku pula. Kucuba tenangkan hati. Astaghfirullah.
Hajar menganggukkan kepalanya.

“Jangan sedih Zati., abang Shahir pernah bagitahu.,kita ada banyak ‘peluru’, cuma  sasaran kita kena atau tidak.,masa yang menentukan.. Jangan risau.. ada yang lebih baik untuk Zati..insha Allah..” kata-kata Hajar cuba  menenangkan hatiku. Allahu rabbi. Insha Allah aku kan cuba gagahkan hati ini, melawan arus, melawan keinginan..

Kata ustaz Syafiq : ‘Dia yang kita suka atau terpikat, rupanya sudah mempunyai seseorang di hatinya. Lalu kita bersabar dan merujuk kembali kepada perkara lebih besar iaitu soal takdir. Akhirnya kita temui ketenangan sebelum mampu tersenyum dan bahagia’

Pernah Kak Mie berpesan kepadaku , “Jangan mengharap pada yang tak sudi”,

Kuteringat kata-kata seseorang:  ‘Kadangkala Allah mempertemukan kita dengan orang yang tidak tepat sebelum mempertemukan kita dengan orang yang tepat supaya kita bersyukur akan
Kurnia-NYA dan belajar daripadanya …’

Memang nampak mudah.,tapi mampukah aku? Allahuakbar. Ujianku ini melibatkan hati. Jiwa terseksa. Hanya Allah yang tahu.,beginikah rasanya cinta? Pahit dan kelat.  Ya Allah tabahkanlah hatiku ini. Ya Rahman ubatilah hatiku ini. Sembuhkanlah penyakit hatiku ini.. sungguh ku tak mampu tanpa bantuan-Mu.
Aku perlu mujahadah dan lebih qarib dengan sang Pencipta. Itu yang terbaik buatku.

La tahzan..


Salam..

Usah dibiar hati merana hanya kerana si dia
kerana si dia belum pasti buat kita..
terkadang, biar janji telah diikat, kepercayaan masih belum benar-benar boleh utuh buatnya..
kerana, selagi lafaz akad belum bergema,
kepastian masih lagi belum menjelma..
Biarlah minat kita pada seseorang berpada,
tidak salah, kerana kita mencinta agamanya..
cuma kebimbangan cinta yang lahir bakal melekakan kita..

mungkin buat permulaan,
usaha itu penting, berhias cantik dengan doa dan tawakal..
mungkin terkadang perasaan menguasai segalanya,
siapa kita untuk menghalangnya..
tapi yakinlah, iman yang merantai mampu menyejukkan jiwa yang gersang..
jangan sekali khianati suami sebenar yang bakal menanti,
hanya kerana seorang lelaki yang belum pasti..

yakin dan yakin, janji Allah itu benar,
wanita yg baik hanya untuk lelaki yg baik..
inshaAllah kita merancang dan Dia juga merancang
dan semestinya Dia lah sebaik-baik perancang..
Moga tabah,,!

Hajar Chubby.. ;)

Emel dari Hajar buat aku sedikit tersentak..kemudian hatiku tenang kembali.. Alhamdulillah..

Sungguh betul lah jodoh itu memang sangat misteri sifatnya.. Bersabarlah..berdoalah..
Kalau kukatakan jodohmu itu ada dalam tahajjudmu.. kalian setuju..?

Tepuk dada tanya iman..

Wassalam.

No comments: