Wednesday, June 18, 2014

ANGAU


Sedar atau tidak?

Sebenarnya cinta itu memang fitrah, tetapi adakah angau itu satu perasaan yang bagus?

Suka pada seseorang itu tidak pelik, cuma janganlah sampai tahap jadi angau. Saya kenali ramai kawan-kawan yang bertudung labuh. Sentiasa mengupdate status. Kalau yang biasa mungkin boleh diterima, tetapi bagaimana sekiranya status cinta?

Apa pandangan orang luar terhadap muslimah? Mesti mereka akan kata, tengah angau ke muslimat ni? Jatuh cinta kah? Mesti pelik kalau orang lihat muslimat yang angau. Unbelievable. Tidak salah nak bercinta, namun tidak perlu dizahirkan di dalam facebook.

Jangan disebabkan diri anda,
Agama yang kena,
Fitnah manusia ini merata-rata,
Kalau tak kena pada kita,
Kena pada agama,
Kalau benar sudah cinta,
Suruhlah meminang daripadanya,
Kan senang tanpa duka,
Tidak perlu angau dalam cinta,
Kerana cinta halal itu lebih baik daripada,
Cinta hasutan syaitan dalam minda.

Kalau terasa bagus sebab memang nak suruh terasa.

No comments: