Monday, May 26, 2014

FITNAH BUAT WANITA


Fitnah buat Wanita.







Seorang Muslimah memasukkan gambar ke dalam Facebook. Gambarnya pula tersenyum manis sungguh memikat dan menarik perhatian jejaka facebook. Bukan sahaja likes yang memenuhi gambar muslimah itu, malah ada ramai yang memuji:


" Cantiknya Ukhti, bakal isteri solehah."


" Bagi no.wali, saya mahu bertemu dengan wali awak."


Kalau sudah sampai tahap begini, ada baiknya buang gambar tersebut. Sebenarnya, lelaki lebih tertarik untuk melihat gambar wanita yang menutup aurat daripada wanita yang membuka aurat kerana bagi mereka wanita menutup aurat itu 'halal' untuk dipandang walhal dari situlah syaitan sedang berbisik:

" Dekati dia, Curi hati dia, rosakkan dia."

Dari situlah fitnah wanita mula terjadi. 

Lebih baik tak payah masukkan gambar dalam facebook kerana tanpa kita sedar, gambar itu boleh menjadi satu fitnah buat diri kita sendiri.

Jadi apa yang anda perlu lakukan sekarang?

Buanglah mana yang patut. 

No comments: