Thursday, May 22, 2014

BILAH-BILAH KEHIDUPAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama-sama memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya dan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Pagi ini berkesempatan menyalin sesuatu daripada buku Misteri Alam Arwah dan menonton youtube di bawah.

Diriwayatkan oleh Ibnu Majah ra dan Abu Musa al-Asy'arie ra bahawa mereka berkata : "Aku bertanya kepada Rasulullah saw bila terjadinya seseorang yang akan meninggal dunia itu tidak mengenali orang-orang di sekitarnya? Baginda menjawab: "Ketika sudah ada kenyataan."

Menurut pendapat ulama' bahawa yang dimaksudkan dengan kenyataan itu ialah nampak Malaikat Maut atau Malaikat. Juga dalam pengertian hadith marfu' yang diriwayatkan oleh Tirmizi bahawa Allah menerima taubat seseorang sebelum waktu "ghargharah" yakni ketika roh telah sampai ke kerongkong (halkum). Jadi pada masa sudah ada kenyataan itu; maknanya roh sudah sampai ke kerongkong. 

Pada waktu itu nampak keadaan seseorang apa yang terjadi pada dirinya sama ada dalam keadaan rahmat atau azab . Jadi pada masa itu tidak berguna lagi taubat. Ini bermaksud taubat yang diterima itu adalah sebelum tibanya malaikat maut dan wajiblah seseorang itu bertaubat sebelum datangnya masa ghargharah dan nampaknya malaikat maut seperti disebut dalam sebuah sajak:

Segeralah taubat
Jangan terlambat
Sebelum maut datang menjelang.
Sebelum lidah kaku kejang.

Nafas-nafas dalam zikir
Zikir dalam nafas-nafas
Itu deposit simpanan
Untuk pelanggan-pelanggan Tuhan.





Hidup ini sebenarnya tak hilang melainkan ada yang pergi mendahului kita kepada suatu destinasi. 
Kitapun akan pergi ke tempat itu. 

Semua orang akan pergi. 
Berapa lama bertahan seseorang itu? 10 tahun? dua puluh tahun? 30 tahun lagi? 
Semua tak tahu tapi  semua orang akan pergi ke destinasi itu.
Ke tempat yang sama. 

Bila kita tengok orang lain dulu sampai kita sedih kerana kita rasa kita berpisah dengannya dan dia berpisah dengan kita.
Tapi tidak berpisah selama-lamanya.
Kita juga akan pergi ke alam itu.
Cuma di alam yang satu lagi tu dapat atau tidak berjumpa balik. 
Jika dia di kalangan orang soleh dan kita juga di kalangan orang soleh mudah-mudahan dapat berjumpa.
Jika dia di kalangan orang soleh dan kita tidak di kalangan orang soleh maka kita tidak bertemu dengannya.

Berapa ramai orang mati pada hari dia mati semua orang menangis.
Namun orang akan lupa selepas setahun, dua tahun, tiga tahun tapi orang tak akan lupa tentang kematiannya. Kita ini hanya bilah-bilah hari.

Apabila sebilangan hari itu pergi sebahagian kita pun pergi.
Apabila cukup bilangan hari itu telah pergi kitapun dah tak ada lagi.
Sebenarnya bila berlalunya hari maka hilanglah satu daripada bilah-bilah kehidupan....

Penulisan yang mengingatkan diri penulis agar sentiasa mengosongkan hati daripada sifat-sifat keji.. semoga diri penulis sentiasa diberikan kekuatan untuk menghisab diri sebelum diri dihisab si sana nanti...


No comments: