Saturday, April 19, 2014

Fadhilat Asma’ul Husna – As-Salaam



5. As Salaam

Peace and Blessing

Yang Maha Memberi Keamanan / Maha Penyelamat  - Iaitu pemberi keselamatan dan kesejahteraan kepada seluruh makhlukNya. Dialah penyelamat hamba-hambaNya dari bahaya serta rintangan serta memberi tahniah kepada mereka di dalam syurga .
.
Fadhilat As-Salam
.
Apabila dizikirkan ‘Ya Salam’ sebanyak 136 X, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.
.
Dibacakan ‘Ya Salam’ 160 X berulang-ulang ditempat orang yang sakit, boleh membantu mengurangkan kesakitan dan InsyaAllah dengan pertolongan-Nya dapat menyembuhkan si pesakit.
.
Dizikirkan ‘Ya Salam’ 115 X lalu ditiup pada pesakit dapat menyembuhkannya.
.
Apabila dibacakan ‘Ya Salam’ kepada orang yang sakit kepala sebanyak 121 kali dengan kadar suara didengari oleh orang yang sakit sambil mengangkat  kedua belah tangan, InsyaAllah akan disembuhkan dengan khalimatNya selama tidak datang ajalnya atau dikurangkan daripada sakitmya.
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

No comments: