Saturday, April 19, 2014

Fadhilat Asma’ul Husna – Al-Mushawwir

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



13. Al Mushawwir

The Fashioner of Forms

Yang Merupakan Makhluk./ Yang Membentuk Rupa (makhluknya) / Maha Pembentuk / Maha Menjadikan Rupa Bentuk / Maha Pereka – Ia reka segala-galanya, memberikan gambaran atau bentuk pada sesuatu yang berbeza dengan lainnya. Jika Al-Khaaliq adalah mengadakan sesuatu yang belum ada asal mulanya atau yang menakdirkan adanya itu. Al-Baari’ ialah mengeluarkannya dari yang sudah ada asalnya, manakala Al-Mushawwir pula ialah yang memberinya bentuk yang sesuai dengan keadaan dan keperluannya.
.
.
Fadhilat Al-Mushawwir
.
Sesiapa yang berzikir ‘Ya Musawwir’ sebanyak 336 X atau lebih, maka Insya’Allah akan menjadi baik segala perbuatannya atau apa yang dikerjakannya.
.
Sekiranya sudah lama berkahwin tetapi masih belum mempunyai anak, maka seorang isteri cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air dan dibacakan ‘Ya Musawwir’ sebanyak 21 X, Kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa.
.
Bagi si suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari sahaja. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ‘Ya Musawwir’ sebanyak 10 X. Insya’Allah akan dikurniakan anak yang soleh.
.
Jika perempuan mengandung tiada berdaya hendak melahirkan anak, hendaklah ia berpuasa selama 7 hari, dan sewaktu berbuka hendaklah ia menyebut ‘Ya Khaliq, Ya Baarii, Ya Mushawwir’ (Wahai Yang Maha Pembuat, Penjadi dan Pereka) sebanyak 3 X sebelum ia meminum air. Insya’Allah mudah bersalin dan permintaannya akan dikabulkan.
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

No comments: