Saturday, April 19, 2014

Fadhilat Asma’ul Husna – Al Muqiit

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



39. Al Muqiit

The Nourisher

Maha Pemberi Kecukupan / Maha Pemberi Keperluan  / Yang menjadikan makanan / Penjaga - Ia menjaga, baik yang berupa makanan tubuh ataupun makanan rohani.
.
Fadhilat Al Muqiit
.
Bagi melepaskan rasa haus dan lapar, bacalah sebanyak-banyaknya ‘Ya Muqiit’, selama mengalami penderitaan tersebut, InsyaAllah akan pulih.
.
Sesiapa mempunyai anak yang kurang sopan, zikirkan ‘Ya Muqiit’ sebanyak-banyaknya, InsyaAllah anak berubah perangai.
.
Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ‘Ya Muqiit’ ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.
.
Apabila dibaca ‘Ya Muqiit’ sebanyak 7 X dan ditiupkan kedalam manggkuk berisi air lalu diminum airnya, InsyaAllah kehendak seseorang itu akan dipenuhi.
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

No comments: