Saturday, April 19, 2014

Fadhilat Asma’ul Husna – Al-Khafidh

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



22. Al Khafidh

The Abaser
.
Yang Merendahkan (makhluknya) / Maha Perendah / Yang Menurunkan / Maha Menjatuhkan / Maha Menghinakan  – Yang mengurangkan, iaitu terhadap orang yang selayaknya dijatuhkan akibat kelakuannya sendiri dengan memberinya kehinaan, kerendahan dan seksaan.
.
.
Fadhilat Al-Khafidh
.
Apabila‘Ya Khafidh’ diamalkan setiap hari sebanyak 500 X, Insya’Allah akan dipenuhi segala keperluannya dan dihapuskan segala kesusahannya.
 .
Sesiapa yang berpuasa selama tiga hari dan pada hari keempat menyebut ‘Ya Khafidh’ sebanyak 70 X atau 70,000 X, Insya’Allah ia akan terpelihara dan mendapat kemenangan terhadap musuh-musuhnya.
 .
Sesiapa mewiridkan ‘Ya Khafidh’ setiap hari dalam keadaan khusyuk dan bersih (berwuduk) sebanyak 500 X, Insya’Allah akan jatuh mertabat musuh atau lawan penentangnya serta dikabulkan hajatnya.
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

No comments: