Thursday, May 5, 2011

Selamat Hari Ibu...

picture credit to pokcik google

Jasa ibu cukup besar dalam hidup kita, semoga kita menghargainya dan membalasnya jika berkesempatan.. insyaallah...

Selagi dia masih hidup.....

~ Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuapkan kita makan & memandikan kita. Ibu sanggup berjaga malam bimbang anaknya digigit sang nyamuk...
Kita pula membalas budi ibu dengan menangis sepanjang malam... itu balasan kita pd ibu.

~ Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita.
Kita membalas budinya dgn menumpahkan makanan ke atas lantai, namun ibu tetap terhibur dgn karenah nakal kita...


~ Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon dan bermacam alatulis.., agar kita nanti jadi insan intelek.
Kita pula membalas budinya dengan menconteng didinding rumah.. ada pulak tu bila dah besar sanggup menconteng arang di muka ibu kita..


~ Semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan baju baru untuk Hari Raya... supaya kita dapat bergembira bersama rakan2 dgn menggayakan baju baru berwarna-warni...
Kita pula membalas budi ibu dengan mengotorkan  baju apabila jatuh ke dalam lopak.

~ Apabila kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah.. dengan niat mendidik minda dan jiwa si anak.
Kita membalas budinya dengan menjerit, " SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH " memukul2 ibu... merajuk dengan ibu....

~ Apabila kita berumur 13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan, ibu bimbang.. gusar anak ibu nanti terpesong arah...
Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa "Ibu tak ada TASTE" jgn campur peribadi saya !!! kadang2 ada yg cakap ' ibu nih ketinggalan zaman betul lah !

~ Apabila kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik bekerja sehari suntuk, kita tak langsung reti utk hiburkan ibu sekali sekala...
Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian didalam bilik... malas nak melayan ibu yang pasti menanyakan itu ini...

~ Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, Ibu menangis gembira.. gembiranya ibu tak terkata.. "alhamdulillah ya allah.... anak yg Kau kurniakan kini berjaya dlm ujian hidupnya..."
Kita membalas budi ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam, kerana sibuk, enjoy & celebrate dgn kawan2..

~ Apabila kita berumur 19 tahun, Ibu membelanjakan wang ringgit yg banyak untuk menghantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dgn kasih sayang sampai ke hostel kita. sedih hati ibu utk berpisah dgn kita sebagai si anak utk sementara waktu...
Kita membalas budi Ibu, dengan tidak bersalaman dengan ibu di luar dorm, takut malu nanti dilihat kawan2...

~ Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita, kita membalas dengan berkata " Saya akan cuba jadi yg terbaik sehabis yg boleh... dan yg pentingnya ibu... saya tak mahu jadi macam ibu ! " ibu pasti tersenyum kelat.

~ Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yg pertama dan tinggal dirumah sendiri. Ibu membelikan baju utk kita memulakan kerja baru.
Kita membalas budi ibu dengan memberitahu kawan2 bahawa baju itu tidak cantik kerana ibu yg belikan...taste ibu taste org dlu2... takde class langsung !

~ Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga. Ibu menangis gembira dan berkata betapa ibu kasih dan sayang pada kita...
Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometer jauh dari ibu, malas takut nanti ibu mengganggu rumahtangga kita... hmmmm ada ke patut...

~ Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menelefon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi anak kita..
Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " Zaman sekarang lain Ibu... tak sama dah dengan cara ibu besarkan saya !!!.....

~ Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menelefon dan memaklumkan majlis kenduri di kampung....
Kita membalas budi Ibu, dengan kata " Saya sibuk ! i'm very sorry... "

~ Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang...
Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali dengan membawa sedikit buah apple dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera ke pejabat....



~ Dan kemudian, pada suatu hari, Ibu meninggal dunia... dan tidak sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu... Ingatlah selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah Ibu... dan jika Ibu sudah meninggal dunia, ingatlah jasa ibu, doakan kesejahteraan ibu... siapalah kita tanpa jasa dan pengorbanannya...

TIADA YANG LAIN SELAIN IBU YANG SANGGUP DAN MAMPU BERKORBAN UNTUK ANAKMU INI....

* sahabat... doakanlah kebahagiaan ibu kita... bkn sahaja ibu semata-mata.. kerana ibu itulah AYAH... yg jua turut sama berusaha mendidik, mentarbiyyah dan membesarkan kita... SANGGUPKAH.... sanggupkah kita jika ditakdirkan esok masanya kita berpisah dgn ibu dan ayah utk selamanya di dunia ini..... Betapa peritnya Ibu melahirkan kita....

credit to Mama'aDam


p/s : selamat hari ibu pada mak dan mak mertuaku... =)

No comments: