Saturday, April 30, 2011

Maajun... jamu..

Maajun MWK

Hoyehhh.. ! hari ni deena merdeka berpantang selama 44 hari. wlaupun tak sepenuhnya seperti orang lain, semua sedia maklumkan di awal bersalin tempohari deena berulang alik ke hospital. Tapi deena tak abaikan dari segi pemakanan, bertungku dan pakai bengkung. siang malam pakai. cuma bila diluar tu deena kena kan set girdle ' beautiful '. Nak cer skit pemakanan jamu yang biasa deena amalkan iaitu maajun, kira adik beradik jamu gak la. hampir 5 tahun dah makan maajun ni dan ia serasi dgn deena. ada sesetengan pompuan tak suka makan jamu ape lagi jamu yang bancuh tuh.. ermmmm klu deena satu jug pun sanggup minum hehe.. selain sesuwei untuk penjagaan kesihatan luaran dan dalaman jamu ni berfungsi sebagai perancang, cara makan pun sama seperti kita makan perancang seperti marvelon, nordet... dan juga mampu bertindak sebagai ikhtiar untuk mendapat zuriat.. ( p/s: mcm baca buku daa.. ;-)  memang dah terbukti keberkesanannya.

Seeloknya makan maajun ni sebelum tidur, dan perlu minum air masak lebih skit. bagi yang lepas bersalin seperti deena boleh makan pada hari ke 44. andai kata dah bersedia untuk mengandung lagi berhenti makan maajun ni. anak dara pun bleh makan nak plak yg ada masalah keputihan tu haa...samping tu deena ada gak buat beberapa senaman pas bangun tido yg diajar oleh bidan kampung masa bersalin anak pertama dulu, sampai skang deena amalkan.

Klu nak tau ape lagi kebaikan maajun ni tengok jer kat sini yeww..Maajun MWK  sambil layan maajun, deena akan buat sendiri jamu temukunci, senang jer hanya cari daun sirih ( ikut angka ganjil 5,7, or 9 helai ), asam jawa , temu kunci, madu, ibu kunyit skit, dan halia. blend semua amik air nya dan simpan dalam peti ais bagi tahan lama. macam rasa jus pun ada haaa... pas minum, bangun pagi mak aiii badan ringan beb.. semangat dan aktif giteww... ! tunggu next entri coz deena x buat lg jamu ni. kat sini payah tul nak cari temukunci. klu tak faham bleh tanya deena k.. ;-)


p/s : jgn marah peyut dah kembali kempis... :-)

No comments: