Friday, August 14, 2015

bahtera.my

BAHTERA : LAYARI GELOMBANG KEUSAHAWANAN BERSAMA BAHTERA
JEMPUTAN UNTUK "BUMIPRENEURS" MASA HADAPAN.

BUMIPRENEURS, Panggilan Baharu Buat Kita!
Bahawasanya kita adalah usahawan bumiputera yang sudah bersedia untuk maju ke hadapan dan merangkul peluang berteraskan penguasaan jenama, keupayaan teknologi dan peluang niaga yang dinamik sebagai landasan utama perkembangan perniagaan.

"BumipreneursTM" Masa Hadapan
Selaras dengan usaha kerajaan memperkasa ekonomi bumiputera seperti yang dicadangkan dalam Rancangan Malaysia Ke-11, inisiatif BAHTERA adalah platform mapan yang terbaik dalam usahanya untuk menangani jurang maklumat untuk usahawan. Ia akan dapat membantu usahawan melonjakkan usahaniaga mereka melalui maklumat perniagaan pintar, strategi penjenamaan yang berkesan dan seiring dengan penggunaan teknologi yang tepat.


ZON TEROKA DI BAHTERA 2015
6 DEK UNTUK DITEROKAI USAHAWAN
Program BAHTERA bertujuan menghimpunkan sektor awam dan swasta dalam usaha membina ekosistem sokongan yang lebih mantap buat Bumipreneurs. Hanya di Bahtera 2015, para peserta akan dapat melayari transformasi usahaniaga mereka melalui 6 zon teroka yang terdiri daripada :


ZON BIMBINGAN USAHAWAN
ZON PELUANG NIAGA
ZON PAMER
ZON ILMIAH
ZON PITCHING
ZON BUAL BICARA
Zon Bimbingan Usahawan

Zon diskusi 1-sama-1 bersama pakar bimbingan usahaniaga, serta ruang menganalisa maklumat perniagaan dan menyuaikannya dengan program-program, dana dan fasilitasi perniagaan yang sesuai. Sekiranya anda baru dalam dunia perniagaan dan tidak tahu apa program apa yang sesuai atau relevan kepada anda, 60 orang pakar di Bahtera akan dapat membantu anda.

tags:bahtera.my

No comments: