Thursday, February 5, 2015

SURAH YANG SANGAT "sweet"

SUBHANALLAH...membuatkan aku sedar indahnya alam ciptaan tuhan.....


TADABBUR RINGKAS



1.  Perkataan "demi" sebenarnya merujuk kepada sumpah Allah (qasam). ia menunjukkan kekuasaan Allah.

2.  Ayat 1-6 menunjukkan sifat ayat yang berpasangan (matahari dan bulan, siang dan malam, langit dan bumi). MasyaAllah... sangat cantik turutan ayat Allah ini. dan ayat-ayat ini sebenarnya mempunyai kaitan dengan ayat 7

3. Ayat 7 iaitu mengenai jiwa manusia (nafs). iaitu ingin menunjukkan segala benda besar ciptaan Allah hanya boleh dikawal olehNya, dan tidak dapat dikawal oleh manusia. begitu juga dengan jiwa manusia.

4.  Seterusnya ayat 8-10 umpama soalan bocor dari Allah. di mana pada ayat 8, Allah sudah memberitahu Dia telah berikan 2 jalan iaitu jalan kejahatan dan jalan ketaqwaan, manakala ayat 9 dan 10, Allah sudah berikan jawapan iaitu manusia akan beruntung jika memilih jalan taqwa dan akan rugi jika tidak memilih jalan tersebut.

Nah! jawapan free sudahpun diberikan oleh Allah, adakah kita masih lagi nak memilih jalan kejahatan?

5. manakala ayat 11-15 menunjukkan contoh golongan manusia yang memilih jalan kejahatan dan akhirnya mendapat balasan cash dari Allah. iaitu golongan kaum Thamud yang tidak mendengar kata Nabi Soleh lalu menyembelih juga unta betina yang diberikan Allah sebagai mukjizat.


" Allah bersumpah dengan makhluk-makhluk dan pemandangan-pemandangan alam di samping bersumpah dengan jiwa manusia, penciptaannya yang sempurna dan ilham yang diterima olehnya.
Sumpah ini meletakkan nilai yang amat besar ke atas makhluk-makhluk ini dan mengajak manusia supaya merenungi dan meneliti apakah nilai-nilai dan erti-erti dari kejadian-kejadian itu hingga mewajarkan Allah Yang Maha Agung bersumpah dengannya.

Surah ini juga mengandungi kisah kaum Thamud dan perbuatan mereka yang mendustakan amaran rasul mereka Nabi Solah a.s, juga perbuatan mereka menyembelih unta mukjizat dan malapetaka yang menghapuskan mereka. Kisah kaum Thamud merupakan contoh dari kerugian yang menimpa manusia yang tidak membersihkan jiwanya, dan tidak memaksakannya menurut jalan taqwa, malah membiarkannya ditunggang kejahatan sebagaimana yang dijelaskan dalam ceraian pertama surah ini.

MENGGUNAKAN AKAL UNTUK MENCARI HIDAYAH

Manusia dikurniakan akal fikiran untuk membezakan perkara yang baik dan yang buruk sebagai tanda kasih sayang Allah pada hambaNya. oleh itu, jelaslah bahawa orang yang menyucikan jiwa merekalah merupakan orang yang akan berjaya manakala orang yang membiarkan hati dan jiwa dipenuhi dengan kekotoran maksiat akan hidup dalam kerugian di dunia mahupun di akhirat kerana melalui sifat-sifat mahmudah itulah manusia akan mendapat penghormatan dan mendapat keberkatan Allah di dunia dan di akhirat.

Dalam Surah As Syams Allah berfirman,

" Maka diilhamkan kepada manusia jalan yang buruk (fujur) dan jalan yang baik (taqwa)" 

(Surah As Syams :8)

Maka setiap manusia akan diilhamkan jalan baik dan buruk berdasarkan kemahuan dan kehendaknya. Apabila seseorang manusia inginkan jalan kebaikan Allah akan membantu dan meluaskan dadanya untuk Islam. Rasulullah menegaskan bahawa orang yang diinginkan Allah akan kebaikannya maka akan diberi kefahaman Ilmu agama walau apa latarbelakangnya sekalipun.

Kita melihat bagaimana Pluto dan Xeno ahli falsafah Yunani yang diilhamkan pelbagai idea yang bernas dan baik untuk masyarakatnya. Tamadun ini juga menyediakan basis demokrasi yang dekat dengan sIstem keadilan Islam. Lantaran itulah ada yang berpendapat terdapat petunjuk atau Nabi yang diutuskan kepada bangsa Yunani ini.

Kita juga melihat bagaimana golongan Yahudi yang anarkis serta degil diberikan pelbagai idea yang saban kurun menyusahkan umat manusia seluruhnya. Idea teori Darwin yang menghasilkan pertembungan rasial seluruh dunia, Teori Komunis yang banyak memakan nyawa serta ternyata songsang dari fitrah kemanusiaan, teori kapitalisme yang menekan sesetengah indidividu dan bersifat rasis, idea pertembungan Islam dengan blok barat yang menghasilkan pertembungan Islam dengan barat secara berterusan serta banyak idea lagi yang menyesakkan manusia. 

Jalan –jalan kejahatan ini dibantu oleh Iblis dan Syaitan atas keizinan Allah. Disinilah perana manusia berdoa agar diberikan idea dan ilham untuk maslahah umat, idea untuk membangunkan umat dan idea untuk pembinaan yang muslih.

Perlunya manusia akan tali yang sejahtera.
Firman Allah
"Berpegang teguhlah dengan tali Allah secara beramai-ramai dan janganlah berpecah belah" 
(Surah Ali Imran : 103)

"DEMI MATAHARI"


p/s :

Seronok dengar lagu begini, memikirkan adik-adik yang bersekolah, lagi mudah mereka menghafal surah-surah beserta maksudnya. Moga semakin banyak lagu seperti ini dipasaran atau pun di persada dunia nasyid, yang lebih mendidik jiwa. Mungkin dari segi melodi atau muzik perlu dipertimbangkan, tidak perlu rentak hip-hop atau seangkatan dengannya. Yang penting lirik lagu menjadi taruhan redha AlAH.

Buat yang menghayati tahniah! Buat yang menitis air mata mengenangkan nikmat kebesaran Allah, syukur alhamdulillah..

No comments: