Thursday, February 5, 2015

JANGAN BISING, AKU NAK SOLAT NI



Jangan bising!


Dah lama aku nak tulis pasal hal ni. Baru mendapat ilham dan kekuatan barangkali. Hehehe, selalunya kita terutama pelajar akan mengikuti peraturan di perpustakaan. Peraturan yang paling popular, TOLONG SENYAP! Kalau kita terbising, kita akan diminta untuk senyap orang orang lain. 

Erghh! bising lah

Anda menghormati dan mengamalkan protokol yang ditetapkan di dalam perpustakaan. Tetapi, adakah anda mengamalkannya dalam kehidupan anda? Hanya di perpustakaan? Di tempat lain bagaimana pula? Adakah anda bercakap menggunakan suara yang kuat walaupun di bilik atau di sebelah anda ada seorang sahabat yang sedang tidur? 

Atau anda sibuk bergelak ketawa sedangkan ada individu-individu lain yang sedang bersolat atau ketika pensyaah mengajar? Memainkan lagu daripada playlist di handphone dengan volume yang kuat? Pasti anda yang sedang tidur akan terganggu dan berasa marah. Manakala yang sedang solat atau belajar tidak dapat menumpukan perhatian. Benar bukan? Masih ramai yang tidak mengetahi hukum atau hanya pentingkan diri sendiri.

KAHKAHKAH!! BACA PETIKAN SOALAN DAN JAWAPAN DI BAWAH
Hukum Membaca Zikir dan al-Qur'an Sehingga Mengganggu Orang Lain.

Soalan:

Apakah hukum melakukan zikir atau membaca al-Qur'an dengan suara yang kuat sehingga mengganggu orang lain yang masih beribadah, tidur, sakit dan sebagainya?

Jawapan:

Melakukan zikir kepada Allah atau membaca al-Qur'an, kedua-duanya adalah amalan yang dianjurkan (sunat). Namun jika amalan ini dilakukan sehingga mengganggu ketenteraman orang lain; seperti orang yang sedang beribadah, sedang tidur dan sebagainya maka ia menjadi haram.

Imam Malik r.h telah meriwayatkan bahawa al-Bayadhiyyi r.a telah berkata:

أَنَّ رَسُوْلَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهِ عَلَيْهِْ وَسَلَّمْ خَرَجَ عَلَى النَّاسِ وَهُمْ يُصَلُّو نَ وَقَدْ عَلَتْ أَصْوَا تُهُمْ بِالْقِرَاءَةِ فَقَالَ: أَنَّ الْمُصَلِّي يُنَا جِيْ رَبَّهُ عَزَّ وَجَلَّ
فَلْيَنْظُرْ بِمَ يُنَاجِِيْهِ وَلاَ يَجْهَرْ بَعْضُكُمْ عَلَىَ بَعْضٍ بِالْقِرْ آنِ.

"Bahawa Rasulullah s.a.w pada suatu ketika keluar kepada orang ramai. Didapatinya ramai orang bersolat dan ramai pula yang mengeraskan (meninggikan) suara mereka dalam membaca al-Qur’an. (Melihat yang demikian)

Maka Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya orang yang sedang bersolat itu sedang munajat atau berkomunikasi dengan Tuhannya ‘Azza wa Jalla, maka seharusnya dia mengetahui apa yang diperkatakannya itu! Dan janganlah pula sebahagian kamu mengeraskan suara melebihi yang lainnya dalam membaca al-Qur'an." - 
H/R Ahmad dalam Musnad Ahmad (no. 19022).

Dalam riwayat Abu Daud (no. 1332) ada disebutkan:

أعْتَكَفَ رَسُوْلَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهِ عَلَيْهِْ وَسَلَّمْ فِيْ الْمَسْجِدِ فَسَمِعَهُمْ يَجْهَرُوْنَ بِا الْْقِرَاءِة فَكَشَفَ السِّتْرَ وَقَالَ أَلاَّ اِنَّ كُلَّكُمْ مُنَاجٍ رَبَّهُ فَلاَ يُؤْذِيَنَّ 

بَعْضُكُمْ بَعْضًا وَلاَ يَرْفَعْ بَعْضُكُمْ عَلَىَ بَعْضٍ فِيْ الْْقِرَاءِةِ أَوْ قَالَ فِيْ الصًّلاَةِ.

Rasulullah s.a.w memerhatikan orang-orang yang beriktikaf di masjid dan baginda mendengar mereka menguatkan suara mereka sewaktu membaca al-Qur'an. Baginda menyelak kain langsir dan berkata:

"Setiap daripada kamu sedang berkomunikasi dengan Tuhannya. Janganlah sebahagian daripada kamu mengganggu yang lainnya. Janganlah kamu menguatkan suara kamu melebihi yang lainnya sewaktu membaca al-Qur'an atau ketika kamu sedang solat."

Ibnu 'Abd al-Bar r.h berpendapat bahawa kedua-dua hadis di atas ini adalah hadis yang sahih.

"Ini membuktikan bahawa meninggikan suara membaca al-Qur'an sehingga mengganggu orang lain adalah suatu yang ditegah oleh agama.

Berkata Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah r.h (728H):

"Tidak seseorang pun mengganggu orang dalam masjid atau orang (yang sedang mengerjakan) solat, membaca al-Qur’an, zikir, doa dan semisalnya. Sebab, masjid dibangun untuk mendirikan amal-amal tersebut. Tidak boleh seseorang pun mengerjakan sesuatu yang boleh dapat mengganggu mereka, baik dalam masjid, di pintu masjid atau tempat yang dekat dengan masjid.

Nabi pernah keluar menemui para sahabat yang sedang solat dan membaca dengan suara yang jahr (keras), baginda bersabda (yang bermaksud): Wahai manusia, masing-masing dari kamu sedang bermunajat pada Rabbnya. Hendaknya kamu tidak saling mengeraskan bacaan.

Apabila Nabi telah melarang orang solat mengeraskan bacaan (mengganggu) orang lain yang sedang solat juga, bagaimana dengan lainnya?

Barangsiapa yang mengerjakan sesuatu yang mengganggu orang dalam masjid atau mengerjakan sesuatu yang mengarah pada hal itu maka hendaklah ia dilarang.

Wallahu ‘alam."

Lihat: Irysadat an Ba’dhil Mukhalafat fi ath-Thaharah, as-Shalah, al-Masajid karya Syeikh Abdul Aziz bin Muhammad as-Sadlan, m/s. 268. 

Jelas diterangkan bahawa berbuat bising sehingga mengganggu orang yang sedang bersolat atau tidur hukumnya berdosa. Sedangkan amalan yang seperti membaca al-quran, berzikir dll adalah ditegah jika dilakukan sehingga mengganggu ketenteraman orang lain. 

Khusyukkah solat kita??


Imam Malik r.h telah meriwayatkan bahawa al-Bayadhiyyi r.a telah berkata:

"Bahawa Rasulullah saw pada suatu ketika keluar kepada orang ramai. Didapatinyaramai yang bersolat dan ramai pula yang mengeraskan (meninggikan) suara merekadalam membaca al-quran. (Melihat yang demikian) Maka Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya orang yang sedang bersolat itu sedang bermunajat atau berkomunikasi dengan Tuhannya Azza wa Jalla, maka seharusnya dia mengetahui apa yang diperkatakannya itu! Dan janganlah pula sebahagian kamu mengeraskan suara melebihi yang lainnya dalam membaca al-Quran."
                        - H/R Ahmad dalam Musnad Ahmad (no.19022) -

Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan


Dalam riwayat Abu Daud (no 1332) ada disebutkan:

Rasulullah saw memerhatikan orang-orang yang beriktikaf di masjid dan baginda mendengar mereka menguatkan suara mereka sewaktu membaca al-Quran. Baginda menyelak kain langsir dan berkata:

"Setiap daripada kamu sedang berkomunikasi dengan Tuhannya. Janganlah sebahagian daripada kamu mengganggu yang lainnya. Janganlah kamu menguatkan suara kamu melebihi yang lainnya sewaktu membaca al-Quran atau ketika kamu sedang solat."

Ibn 'Abd al-Bar r.h berpendapat bahawa kedua-dua hadis di atas ini adalah hadis yang sahih.

"Anak-anak perlu diberitahu ibu bapa bahawa membuat bising ketika solat adalah berdosa kerana mengganggu orang sedang solat. Ajarkan adab-adab ketika berada di masjid seperti perluberadab sopan, jangan membuat bising dan perlu solat bersama dengan orang dewasa."

Terbaik!

Hadis di atas menjelaskan lagi mengapa kita perlu menjaga tutur kata kita semasa berada di tempat umum.

JANGAN DITIRU PERBUATAN YANG SALAH

Walaupun telah ditulis peringatan supaya senyap dan menghormati orang lain, masih wujud manusia yang kepala batu. Jika kita tergolong dalam golongan ini, berubahla dari sekarang. Anda tidak rugi. Malah orang lain akan menghormati diri anda dan hak anda, insyaAllah.

No comments: