Wednesday, August 3, 2011

Gulai lemak cili api udang & Daging goreng kunyit

gulai lomak cili api udang....

Menu berbuka semalam gulai lemak cili api udang,daging goreng, telur dadar dan kek kukus lapis.  Simple tapi menyelerakan *2x akak tambah haa..*  walau tak sesedap masakan mak at least hilang gak rindu ngan masakan mak nun di kampung :) .

Gulai Lemak Cili Api Udang
Bahan-bahan :-
~ Udang setengah kilo.
~ Ibu kunyit sebesar ibu jari (klu ibu jari besor penumbuk bahagi 4 heee...)
~ 10 - 15 cili api  (ikut selera msg2 klu x tahan pedas kurangkan )
~ Santan pekat (sebiji kelapa )
~ 2- 3 ulas bawang merah
~ Daun kunyit (simpulkan)
~ Serbuk kunyit skit ( hujung sudu jer )
~ Garam secukup rasa
Caranya:-
~ Tumbuk cili api, kunyit dan bawang hingga lumat.
~ Masukkan daun kunyit,serbuk kunyit,bahan yg ditumbuk tadi dan udang.
~ Bila kuah dah mendidih masukkan kacang panjang dan garam secukup rasa.
~ Tutup api dan hidang.

daging goreng kunyit

kek kukus lapis....

Daging Goreng Kunyit ( resepi dari en hubby )
Bahan-bahan:-
~ Daging 1/2 kilo (diperap dgn kunyit dan garam)
~ Seulas bawang besar ( dibelah empat)
~ Cili merah dihiris / cili api
~ 1 - 2 ulas bawang putih ( tumbuk )
~ Tomato ( belah empat )
~ Kacang panjang
Caranya:-
~ Masukkan daging diperap tadi kedalam kuali hingga air kering.
~ masukkan minyak ( 2 senduk ) dan goreng.
~ Bila daging dah garing campak bawang putih , cili api / cili merah , bawang besar atau tomato.
~ masukkan garam dan hidang....

p/s: sampai ke hidung berpeluh.... ! :) http://www.emocutez.com



No comments: