Saturday, March 26, 2011

Gamat...


Sambil perah susu yasmin pagi tadi, tingat lak air gamat dan ibu gamat yang abang beli. sejak yasmin masuk hospital dan mula minum susu badan, deena tak berani nak makan jamu bersalin. so buat sementara waktu makan vitamin c dan air gamat dulu.

Janji dah urut dan pakai bengkung ni, sedap skit badan. klu tak masa tunggu yasmin di wad ari tu rasa nak tumbang, ngan badan sakit2, kebas dan sakit nak berjalan. pic ibu gamat yg dalam plastik tu direbus dan minum air nya, deena blom buat lagi tah ape la rasa nya ekkk :). Setakat air gamat dalam botol tu okay lagi bau tak kuat sangat. nak tak nak untuk kesihatan deena mesti minum gak..

Tentang menu makan tengahari deena hanya makan yang rebus, seperti sayur sawi, ikan bilis,ikan tenggiri. nak bagi sedap tambah la lada hitam,daun kunyit,asam keping atau serai, kira lauk orang pantang tu jer la yang bleh makan . Ikut kan takde selera nak makan, mikir kan yasmin di hospital, klu tak makan nnt mana nak datang susu utk yasmin. 

Dalam sehari deena perlu sekurangnya 1-2 botol walau susu tak banyak kdg tak sampai 1 oz pun deena cuba perah sebanyak yg boleh. Dan skang deena perlu makan lebih sayur sawi, kurma sehari sebiji dan lebih kan air masak untuk tambah air susu badan.

p/s: sesape yg ada petua mcm mn nk tambah air susu badan share la kat sini yer...

No comments: