Thursday, March 24, 2011

Berkat doa semua..


Alhamdulillah, petang semalam  yasmin dah tak perlu guna oksigen lagi. yasmin dah bertambah baik kata doktor. Lapang dada rasa waktu abang bgtau dari hospital petang smlm. tapi yasmin masih lagi berada dalam wad icu utk rawatan susulan dan deena harap cepat2 la dia di masukkan ke wad biasa, dapat gak deena tunggu dia dan menyusukan nanti. 

Menurut kata doktor Chua yang merawat yasmin, kemungkinan besar yasmin mengidap penyakit "Hirscsprung " yg mana penyumbatan pada usus besar, coz sebahagian daripada usus besar tadi tak memiliki system saraf  yg kendalikan pergerakan ototnya. Tanpa sel-sel saraf tu la mengakibatkan gangguan pada pergerakkan hingga terjadinya penyumbatan dan menyebabkan pembesaran serta pengembungan yang berlebihan pada usus yang lebih proksimal. patut la dia muntah hijau dan perut buncit..

Bila dengar penjelasan dari  doktor blur gak so deena surf kat internet baru faham apa sebenar nya penyakit ni. yasmin dapat sakit ni pun memang dari dalam perut lagi, makna nya sejak dilahirkan dia memang tiada system saraf di usus yg bermasalah tu. Jika doktor dah mengesah kan sakit yasmin, bermakna yasmin akan jalani pembedahan tapi bukan sekarang coz dia masih bayi lagi. mungkin selepas usia dia 3 bulan.  

Pada kjee, dan teman-teman , trima kasih atas doa dan ucapan semangat yg tak putus2 deena terima hingga ke hari ini. Sesungguh nya bila kita kongsikan suka duka pahit manis dalam kehidupan ini, dan diiringi pula dengan kata-kata semangat dan doa dari mereka, hanya allah shj yg tahu betapa kerdil nya diri ini dan bersyukur dari jiwa yg tidak tenteram memikirkan keadaan yg deena hadapi bertukar jadi lebih tenang dan mula menerima setiap kejadian atas diri kita ada hikmah disebalik nya. 

p/s: maaf deena tak sanggup nak upload pic yasmin yg penuh berselirat wayar di kaki, mulut dan tangan.. babah yasmin tak izinkan..

No comments: