Saturday, April 19, 2014

Fadhilat Asma’ul Husna – Al Halim

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



32. Al Haliim

The Forbearing/The Indulgent

Maha Penyantun / Maha Penyayang dan Penyabar / Maha Penghamba- Ianya berkuasa, iaitu yang tidak tergesa-gesa melakukan kemarahan dan tidak pula gelojoh memberikan seksaan.
.
.
Fadhilat Al Haliim
.
Dizikirkan ‘Ya Haliim’  sebanyak 88 X selepas solat 5 waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau diungkit-ungkit atau tergugat.
.
Apabila ‘Ya Haliim’ dibaca sesudah solat 5 waktu sebanyak 88 X, InsyaAllah ia akan dipelihara dari pangkatnya, jabatan atau kedudukannya.
.
Jika dituliskan ‘Ya Haliim’ ( الحليم ) atas kertas dan rendamkan dalam air, setelah itu renjiskannya pada apa jua benda atau barangan, maka ‘barakah’ akan turun ke atasnya dan ianya terselamat daripada bencana.
.
Apabila seseorang menulis ‘Ya Haliim’ ( الحليم ) atas kertas, setelah itu menanamkannya ke dalam tanah di mana benih ditanam, InsyaAllah bahaya atau malapetaka tidak akan menimpa tanamannya.
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

No comments: