Saturday, April 19, 2014

Fadhilat Asma’ul Husna – Al ‘Aliy

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



36. Al ‘Aliy

The Sublimely Exalted

Maha Tinggi / Maha Tinggi Martabat-Nya / Maha Tinggi serta Mulia / Yang Termulia – Ianya yang paling mulia, iaitu mencapai tingkat yang setinggi-tingginya yang tidak mungkin digambarkan oleh akal fikiran sesiapa pun dan tidak dapat difahami oleh otak yang bagaimanapun pandainya.
.
.
Fadhilat Al ‘Aliy
.
Bagi mencerdaskan otak anak yang bebal, tulislah zikir ‘Al-’Aliy’ ( العلي ) sebanyak 110 X lalu direndam dalam air yang dingin dan diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi. InsyaAllah mujarab.
.
Sesiapa mempunyai keyakinan yang lemah tetapi menyebut ‘Ya ‘Aliy’ berulang-ulang, InsyaAllah keyakinannya akan teguh.
.
Apabila ditulis ‘Al-‘Aliy’ ( العلي ) pada kertas dan direndamkan pada segelas air (tulisannya sebanyak 110 kali) kemudian airnya diminumkan kepada anak kecil, InsyaAllah dia akan menjadi anak yang ceria, proaktif, cerdas dan pandai.
.
Sesiapa mengamalkan zikir ‘Ya ‘Aliy’ setiap hari serta menyimpan bersamanya kertas bertulis ‘Al-‘Aliy’ ( العلي ),  InsyaAllah akan dinaikkan kedudukannya, diberikan pengaruj dan segala keinginannya yang halal akan ditunaikan.
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

No comments: